Assalamualaikum...lama betul aku tak update tentang makan-makan ni kan. Hari ni nak cerita sedikit tentang restaurant halal di Spore yang kita bole makan steak daging. Haha..kesian kan kat sini tak banyak restaurant halal yang ada menjual steak. Restaurant yang aku masukkan ialah restaurant Eatzi. Setiap kali teringin hendak makan steak pasti aku ajak Mr. 'S' ke Eatzi. Sebab apa?? Bukan sahaja steak di Eatzi enak belaka ia juga mengenyangkan. Dan harganya sudah tentu berpatutan. Dan Eatzi ada daily set lunch dan dinner for weekdays dan weekends. Tapi harga add on tu lupa lak berapa. Harga add on lunch dan dinner lain. Tulah tak ingat. Itu yang aku tak berani nak agak-agak sendiri. Tapi memang muai jika kita hendakkan complete meal set. With lunch atau dinner set meal, disediakan soup of the day, coffee or tea and dessert. Dessert of the day it can be cake atau ice cream.
Bila dah place order sahaja. Pelayan restaurant akan letak satu basket with garlic bread. Complimentary dari Eatzi. Bestkan!
Eatzi sudah menjadi salah satu restoren kegemaran aku dan family bila tiap kali kami teringin menjamu selera makanan western atau steak. Di Eatzi, bagi orang yang tidak gemarkan makan steak, Eatzi juga ada menyediakan makanan seafood dan juga fusion food untuk orang yang tidak biasa makanan western, Eatzi ada menyediakan menu noodle, spagetti ada baked rice dan nasi goreng juga. All-in-all sesiapa sahaja yang berkunjung ke restaurant Eatzi tidak akan merasa kecewa kerana makanan yang disediakan di restaurant ini, semuanya lazat-lazat belaka. Dan Eatzi juga punya bakery cakes sendiri, dan cake semuanya lazat belaka. Our family favourite cake, Oreo cheesecakes Eatzi.
Maaf tak dapat hendak mengambil gambar sebab dah ghairah sangat hendak makan maka terlupa. So boleh jamu mata gambar menu jek! Nampak berselera tak!
Alhamdullilah sudah kenyang hati riang!
No comments:
Post a Comment