LIA
menutup pintu biliknya perlahan lalu menghempaskan badannya di atas katil. Dia
merasa sedih kejadian siang tadi bila dia bersama Nik. Selepas makan tengahari
dan setelah dia mengakui sendiri pada Nik tentang satu peristiwa yang berlaku 10
tahun dahulu.
Wajah Nik kelihatan benar-benar kecewa dengan perlakuannya. Lia
perasan di dalam kereta semasa Nik menghantarnya pulang ke rumah. Lelaki itu seperti
tidak sabar mahu menghantarnya pulang ke rumah dan dia kurang mesra seolah-olah
dia sedang memikirkan sesuatu dan dalam masa yang sama merasa sedih.
Dia juga tahu Nik marah padanya, namun dia tidak dapat memutar
balik masa untuk mengubah keadaan. Dia merasa menyesal dengan apa yang telah
dia lakukan. Apa yang boleh dia buat selain dari meminta maaf dari Nik.
“I’m sorry Nik..I don’t know what’s got into me during that time..I’m
young and reckless Nik,” jawab Lia perlahan lalu menoleh kearah Nik.
Pada ketika itu dia tidak tahu kenapa dia begitu benci pada Nik
sangat sehingga dia berbuat demikian. Perasaan dia ketika dia ternampak Nik
dengan pelajar perempuan itu adalah perasaan yang sukar dia gambarkan. Apa yang
dia tahu dia merasa kecewa bila melihat Nik bersama pelajar perempuan itu.
“Perkara itu sudah
berlaku 10 tahun yang lalu..I’ve already
forgive and forget,” jawab Nik tanpa menoleh kearah Lia.
Lia terdiam seketika
walaupun Nik mengatakan dia sudah lupa dan maafkan orang itu tapi apa yang Lia
lihat Nik seperti tidak dapat dan mampu memaafkan perbuataan orang itu. Ianya
jelas terpamer di wajahnya bahawa dia merasa sedih bila Lia membangkitkan
peristiwa itu padanya tadi.
Sejak Nik di panggil
Pengetua sekolah. Dia tidak pernah lihat Nik bersama dengan pelajar perempuan
yang dia temui. Mungkin Nik tidak membenarkan pelajar perempuan itu bertemunya
di sekolah. Lia percaya mereka masih berhubungan.
Dan Lia tidak rasa Nik merasa sedih kerana dia hampir di lucutkan
dari memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas. It is like too personal to him! Namun Lia tidak menemui jawapannya
kerana Nik tidak pernah menceritakan apa-apa tentang dirinya. Nik seorang
lelaki yang penuh misteri.
Siapa pelajar perempuan itu? Wanita yang sama terdapat di dalam
gambar yang tersemat kemas di dalam dompet Nik. Teman wanitanya? Tunangannya
atau bakal isterinya?
“Who is that girl in the
photo Nik?,” Lia memberanikan diri bertanya pada Nik siapa budak perempuan
di dalam gambar yang dia serahkan kepada Puan Pengetua sekolah sehingga
membuatkan Nik di dalam masalah.
“If you must know, She’s my baby sister,” jawab Nik perlahan.
Lia terdiam bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang
dilihat bersama Nik dahulu adalah adik Nik sendiri dan bukan teman wanita yang
dia dan Yana sangkakan. Patutlah Nik kelihatan kecewa bila dia menyebarkan
fitnah mengenai dirinya.
Lia merasakan dirinya seperti orang tidak berguna bila Nik
mengatakan bahawa pelajar perempuan yang berada di dalam photo itu adalah adik
perempuan Nik sendiri.
Dia benar-benar tidak tahu Nik mempunyai adik perempuan. Malah dia
tidak tahu apa-apa langsung tentang Nik.
Kenapa adik perempuanya tidak bersekolah dengan Nik? Lia mengagak
usia adik Nik sebaya dengannya 17 tahun ketika itu. Hubungan mereka kelihatan
benar-benar rapat dari apa yang Lia lihat sendiri. Nik benar-benar sayangkan
adiknya. Melihatkan bahawa adiknya begitu manja dengan Nik sehingga dia
tersalah sangka bahawa budak perempuan itu adalah teman wanita Nik. Dia tidak
pernah terfikir langsung pelajar perempuan itu adalah adik Nik.
“She’s your sis?,” ujar
Lia merasa bersalah.
“Yes..Nur Shafiqa,”
jawab Nik tanpa mengulas panjang.
“She’s the same lady
dalam your wallet?,” tanya Lia lagi
ingin kepastian dari Nik. Dia tidak mahu tersalah tafsir lagi. Dia tidak mahu
membuatkan Nik merasa sakit hati dan kecewa dengannya.
Percaya atau tidak dia benar-benar sukakan Nik atau mungkin dia
cintakan Nik tanpa dia sedari dan dia tidak mahu hubungan mereka semakin dingin
kerana dia tidak pernah kenali dan faham Nik.
“Yes..what else do you want
to know?,” ujar Nik dia mula merasa lemas dengan soalan-soalan Lia ajukan
kerana dia tahu Lia tidak akan berhenti bertanya selagi dia tidak memberinya
jawapan yang Lia kehendaki.
“Nik, you pernah
bercinta Nik?,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik.
“Pernah,” jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang.
“Dengan siapa?,” tanya Lia merasa tidak senang hati bila Nik
mengatakan dia pernah bercinta.
“You tak kenal dia,”
jawab Nik sambil lewa.
“What happen to your
relationship??,” tanya Lia lagi.
“Tak ada jodoh,” jawab Nik ringkas lalu memberhentikan keretanya
di hadapan bangunan rumah Lia.
Lia menoleh kearah kiri bila Nik memberhentikan keretanya. Ini
bermakna dia harus keluar dari kereta Nik kerana Nik mengatakan kepadanya tadi
dia hendak pulang ke pejabat semula untuk membuat appraisal Pasu buruk Madam Sharon tadi. Dan dia juga tahu Nik
seperti tidak berminat untuk memberitahunya tentang hubungannya yang lalu.
“Thanks Nik,” jawab Lia
lalu keluar dari kereta Nik.
“If you hendak pergi
party Madam Sharon, I will come and fetch
you at 7.30pm, if I don’t see you
means you are not going,” ujar Nik menoleh kearah Lia sekilas lalu memandu
meninggalkan Lia sendirian memerhatikan kereta Nik pergi sebelum dia sempat
memberi jawapan kepadanya.
Lia mencapai handbagnya lalu mengeluarkan handphonenya. Dia menekan gallery.
Gambar-gambar Nik yang di ambil tanpa si empunya diri sedar. Dia lihat satu
persatu. Lia mengeluh perlahan. Kenapa dia seperti wanita yang gila bayang.
Sejak dia bertemu semula dengan Nik. Hatinya merasa gembira dan riang tidak
terkata. Dia merasa senang setiap kali bersama dengan lelaki itu. Nik secara
tidak langsung seperti babysitternya.
Kerana setelah dia bertemu semula dengan Nik, dia tidak lagi melakukan
perkara-perkara yang sering dia lakukan dahulu. Ibunya dan pakciknya merasa
lega kerana Lia sudah gembira semula dan mereka berterima kasih pada Nik.
NIK
mencampak kunci kereta dan dompetnya di atas meja coffee. Seketika kemudian
kedengaran pintu dibuka. Nik menoleh memandang wajah ibunya yang baru keluar
dari bilik.
Ibu dan ayahnya bersara baru-baru ini. Nik mempelawa ibu dan
ayahnya datang ke Rome untuk bercuti di sini. Sudah hampir seminggu mereka
berada di Italy. Ayahnya keluar berjalan sendirian meneroka Bandar Rome
manakala ibunya mahu duduk di rumah kerana sudah penat mengikut ayahnya
menjelajah Rome.
“Baru balik kerja Nik?,” tanya Puan Faezah bila dilihatnya Nik
duduk di sofa tersandar keletihan.
“Baru juga ibu,” jawab Nik perlahan.
“Nik nak air? Ibu buatkan!,”
“Tak apa lah ibu, Nik tak dahaga,” jawab Nik memberi ruang kepada ibunya
untuk duduk di sofa.
“Kenapa ni?? Nik ada masalah di tempat kerja ke?,” tanya Puan
Faezah bila dilihat anak bujangnya kelihatan fikirannya terganggu dan tidak
seperti selalu.
“Masalah kerja? Tak adalah! Nik cuma letih sahaja,” jawab Nik lalu
memandang wajah ibunya.
“Ibu dan ayah hendak balik minggu depan, kami dah book flight hari Jumaat, dah lama kami
di sini..dah nak dekat sebulan rasanya, ibu dan ayah rasa kami sudah puas
bercuti, lagipun bulan depan ibu dan ayah dah sibuk hendak mengerjakan umrah,
banyak perkara yang kami hendak buat sebelum berangkat,” ujar Puan Faezah lalu
tersenyum. Rindu pula dia pada rumahnya di kampong.
“Baiklah..Nik akan balik ke Malaysia 2 minggu sebelum ibu dan ayah
berangkat ke Umrah, Nik pun rindu pada adik,” jawab Nik lalu tersenyum sayu.
Puan Faezah memandang wajah Nik. Hatinya meruntun sayu setiap kali
melihat wajah Nik.
“Kenapa ibu sedih?,” tegur Nik bila di lihat wajahnya ibunya
bertukar sedih.
“Ibu pun rindukan adik kamu,” jawab Puan Faezah merasa sebak
tiba-tiba. Dia tidak dapat menghilangkan rasa sedih bila Nik mengingatkan dia
pada adiknya.
****
2001, Di Malaysia
“Abang!,” tegur Fiqa
lalu duduk di sofa di sebelah abang Niknya yang sedang menonton TV. Fiqa
menoleh ke arah abangnya bila tegurannya tidak di sambut abangnya.
“Abang..,” ujar Fiqa lagi lalu melambaikan tangannya di hadapan
muka abangnya. Namun abang Niknya tidak perasan dan seakan berkhayal jauh. TV
dihadapan di hidupkan tapi fikirannya melayang jauh entah kemana! Membazirkan
elektrik sahaja tau! cemuh Fiqa dalam hati.
“Isskkk!!! Termenung pulak dia?? Abaannggg!!,” ujar Fiqa lalu
menepuk lengan abangnya kuat cukup membuatkan Nik tersentak terperanjat bila
Fiqa berbuat begitu.
“Apa bang termenung jauh entah kemana?? Ingatkan awek eh??,” usik
Fiqa lalu memeluk lengan abangnya. Dia mahu menunjukkan abangnya buku novel
baru dipinjam dari perpustakaan. Dia mahu abangnya bacakan kepadanya. Fiqa
memang suka buat begitu. Mereka selalu membaca novel bersama. Atau abangnya
yang akan bacakan kepadanya kerana Fiqa malas hendak membaca.
“Bila balik?? Abang tak dengar pun tadi,” ujar Nik tanpa menjawab
pertanyaan Fiqa apa yang membuatkannya termenung.
“Dah sejam yang lalu..orang sempat mandi, solat dan makan, abang
masih kat sini dok termenung dari tadi..ingatkan siapa??? Awek eh??,” usik Fiqa
lalu menolak bahu abangnya perlahan.
“Buku apa ni?,” tanya Nik lalu mencapai buku yang di pegang Fiqa.
“Buku Pride and Prejudice..tengok
tu orang tanya..dia buat tak dengar saja, ada masalah kat sekolah eh?? Cuba
cerita kat Fiqa sikit?,” ujar Fiqa lalu mengambil buku novel itu dari tangan
abangnnya dan di letakkan di atas meja di hadapan mereka.
Dia tahu abang Niknya pasti ada cerita untuknya. Dia tidak pasti
cerita itu cerita lucu kerana wajah abangnya kelihatan terganggu. Apa pula
masalah yang dia hadapi di sekolah.
“Fiqa jangan jumpa di sekolah abang lagi..abang ambil Fiqa kat
sekolah Fiqa sahaja,” jawab Nik perlahan.
“Huh?? Kenapa Fiqa tak boleh pergi sekolah abang lagi??,” tanya
Fiqa hairan. Baru sekali dia bertemu dengan abangnya di sekolah sudah kena
‘ban’ kenapa?
“Tak semua orang tahu abang ada adik perempuan, abang tak hendak
orang buat fitnah,” jawab Nik perlahan.
“Fitnah??? Eh kita adik beradik seibu dan sebapa abang! Apa
masalah? Bukan pasangan kekasih yang orang nak buat fitnah atau gossip liar!,”
jawab Fiqa lalu ketawa kecil. Gossip?? Fitnah?? Eh tak logic betul!
Nik memberi Fiqa gambar yang diberi Puan Hasnah kepadanya tadi.
Fiqa menyambut.
“Ini gambar kelmarin yang kita makan kat KFC kan??,” ujar Fiqa
lalu memandang wajah abangnya. Gambar mereka di petik ketika mereka tidak sedar
kerana gambar itu di ambil dari jarak jauh.
“Sekolah abang pasang spy
pada abang eh???,” ujar Fiqa lalu menutup mulutnya tidak percaya pergerakan
mereka di intip. Patutlah abangnya tidak mahu dia ke sekolahnya lagi kerana
takut di fitnah.
“Spy yang tidak
bertauliah,” jawab Nik lalu mengambil gambar itu dari tangan Fiqa. Sehingga
kini dia tidak tahu perbuataan siapa.
“Spy yang tidak
bertauliah?? Maksud abang ini kerja spy sukarelawan
lah ye?,”
Nik tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.
“Gambar ni abang dapat dari mana?,” tanya Fiqa bila abang Niknya
kelihatan tiada mood.
“Dari Puan Pengetua,” jawab Nik ringkas.
“OMG!! Dari Puan
Pengetua?? So apa Puan Pengetua cakap
pada abang?,” tanya Fiqa lalu menarik tangan abangnya Nik kerana dia mahu tahu.
Patutlah muka abangnya muncung dan tidak mood
pasti dia dikenakan tindakan. Tindakan apa yang Puan Pengetua kenakan padanya.
Ala kesiannya abang Nik.
“Dia beri amaran sahaja,” ujar Nik.
“Lah amaran sahaja, yang abang nak sedih bagai kenapa pulak??,”
usik Fiqa.
“Sebab abang hampir dikenakan tindakan displin dan dilucutkan dari
memegang title sebagai Ketua
Pengawas,” jawab Nik lalu memandang wajah adiknya. Sepertimana yang dia
terangkan kepada Dania. Dia tidak kisah jika ada orang lain yang mahu menjadi
Ketua Pengawas. Tapi bukan dengan cara kotor begini.
“Oh dear! Abang tahu
siapa punya kerja?,” tanya Fiqa lagi. Dia tiba-tiba teringatkan Lia. Pelajar
perempuan itu yang dia temui kelmarin di KFC. Mungkinkah ini semua kerja Lia?
Tapi dia tidak boleh menuduh sebarangan tanpa bukti. Dan salah dia juga kerana
dia tidak memberitahu abang Niknya bahawa Lia dan temannya berada di KFC
kelmarin.
“Abang tak tahu,” jawab Nik ringkas lalu bangkit dari sofa dia
malas hendak memikirkannya lagi.
bersambung....