NIK memandang
wajah Zara tanpa wanita itu sedari kerana dia asyik melihat beberapa gambar
kenangan Lia yang diambil dari rumah uncle
Firdaus. Dia dibenarkan untuk ke bilik tidur Lia semasa Lia menetap di Rome.
Nik mengambil specimen rambut Natalia
dari berus rambut yang selalu di gunakan isterinya untuk ujian DNA. Alhamdullilah semuanya berjalan
dengan lancar dan mereka akan mendapat keputusan ujian tersebut dalam 3 masa
hari.
Nik memberi Zara envelope
berisi beberapa barang peribadi isterinya yang pernah di simpan sebagai
kenangan. Di dalam envelope itu
terdapat beberapa gambar Lia zaman persekolahan dan gambar terbaru Lia.
“I could knew some of the people
in this picture here..,” ujar Zara lalu mengangkat kepalanya memandang
kearah Nik yang duduk di hadapannya. Lelaki itu sedang memandang tepat
kearahnya.
“Nik??? What?? Something on
my face??,” ujar Zara lalu mengesat wajahnya dengan tangan kerana Nik
memandang tepat ke wajahnya dan tersenyum. Pasti ada sesuatu di wajahnya.
Nik tetawa kecil bila Zara kelihatan panic.
“There’s nothing on your
face dear!,” jawab Nik lalu mengelengkan kepalanya perlahan bila Zara
merasa cemas bila dia pandang wajahnya begitu. Dia rindu pada Lia. Sebab itu
dia pandang wajah Zara.
“Then you pandang I macam tu? I thought there’s something on my face!,” jawab Zara lalu mencubit
tangan Nik kerana perbuataan Nik itu membuatkan dia merasa tidak selesa. Lelaki
itu selalu membuatkan dia merasa nervous.
“Sorry Lia! It’s kind of habit, I’ve miss Natalia so
much and her pinching too!,” jawab Nik tersenyum lalu mengosok tangannya
perlahan bila Zara spontan sahaja mencubit tangannya tadi. Sudah menjadi
kebiasaan Natalia suka mencubitnya. Dia tidak sangka Zara juga suka mencubit.
“Sorry Nik, I sebenarnya tak ada habit pinching but tak tahu kenapa
dengan you I suka mencubit you, maybe
you deserve a pinching from me!,” jawab Zara dengan wajah selamba. Dia
merasa senang dengan lelaki itu.
Dia tidak pernah merasa jemu bila bersama dengan Nik. Dia meminta
cuti dari ibu Haider selama seminggu hanya kerana dia mahu bersama dengan Nik
dan dalam masa yang sama ingin mencari identitynya
yang sebenar.
Nik tetawa lagi.
“I’m just scared Nik. What if I’m not your Natalia? Can we still see each other?,” ujar Zara
tiba-tiba lalu memandang tepat ke wajah Nik. Zara mula merasakan bahawa dia
suka pada Nik. Dia khuatir jika keputusan ujian yang dia jalani tidak seperti
yang mereka jangkakan dan Nik tidak akan bertemunya lagi.
“Don’t be scared dear. If
you are not my Natalia..you will
always be my Zara Lia,” jawab Nik lalu tersenyum.
“Thank you Nik,” jawab
Zara merasa lega lalu menyimpan gambar-gambar itu ke dalam envelope.
****
Dania tersenyum gembira
bila mendapati Nik berada di Café
yang di sebut uncle Firdausnya tadi.
Dia memesan pada uncle Firdaus agar
jangan memberitahu Nik tentang kedatangannya kerana dia ingin membuat kejutan
kepada Nik.
Tapi perasaan gembiranya bertukar menjadi geram bila dia mendapati
Nik tidak duduk di Café itu seorang diri, tapi dia ditemani seorang wanita. Dan
mereka kelihatan mesra, melihat dari cara mereka berbual dan cara pandangan
yang Nik lemparkan kepada wanita itu. Dia dapat merasakan Nik suka pada wanita
itu.
Dania mengetap bibir menahan geram. Sudah di jangka. Patulah dia
merasa tidak sedap hati dan merasa curiga bila Nik melancong di Rome sendirian
rupa-rupanya inilah sebabnya. Nik bertemu dengan seorang wanita di Rome. Siapa
wanita itu? Dania ingin tahu? Dania tidak dapat melihat wajahnya kerana wanita
itu duduk membelakangkannya. Ini tidak boleh di biarkan kerana Dania tidak akan
membenarkan sesiapa merampas Nik darinya.
Dania membetulkan
bajunya lalu berjalan menuju kearah Nik. Lelaki itu tidak perasankannya kerana
terlalu leka berbual dengan wanita yang tidak di kenali itu. Ini membuatkan
hati Dania bertambah membara.
“Hi sayang!,” tegur
Dania tanpa memandang wajah wanita yang duduk di hadapan Nik lalu meletakkan
bag tangannya di atas meja. Dia memandang wajah Nik yang kelihatan terperanjat
bila dia menegurnya.
“Dania!,” ujar Nik terperanjat,
spontan sahaja dia memandang wajah Zara yang kelihatan terkejut bila ada
seorang wanita tiba-tiba datang ke tempat mereka dan menegur mereka.
Zara memandang wajah Nik
bila wanita yang tidak dikenali memanggilnya ‘sayang’. Siapa wanita itu?
“Yes your Dania! You lupa
ke?,” ujar Dania lalu tersenyum sinis. Dia masih tidak menoleh ke arah wanita
yang duduk di hadapan Nik.
“What are you doing here Dania?,” ujar Nik dengan wajah serba salah.
Dia tidak menyangka Dania akan menjejakinya hingga ke Rome. Dia memandang wajah
Zara kerana wanita itu memandang wajahnya tanpa berkedip sedari tadi.
“WTH!!!,” ujar Dania
lalu memandang wajah Nik kerana merasa benar-benar terperanjat sebaik sahaja
dia menoleh memandang wajah wanita bersama Nik. Is she seeing a ghost?? Dania terperanjat lalu terduduk di salah
sebuah kerusi diantara mereka. Dia memandang wajah wanita yang kelihatan serupa
Natalia lalu mengalihkan pandangannya ke wajah Nik.
“Zara kenalkan ini
Dania! And Dania this Zara Lia,” ujar
Nik.
“WTH Nik?? What are you trying to proof? You can’t get over her don’t
you? You know, I don’t care even if Natalia raise from the grave sekalipun..I will still have you!,” ujar Dania
lalu memandang wajah wanita yang kelihatan seperti Natalia dengan wajah garang.
Dia tidak peduli samada wanita itu Zara Lia atau Natalia sekalipun. Dia tidak
akan melepaskan Nik pada sesiapa. Sudah lama dia mahukan Nik. Dia tidak akan
mengalah dengan sesiapapun.
“Calm down Dania! What is
wrong with you?,” ujar Nik agar Dania bertenang. Dia tidak tahu bagaimana
hendak menangani situasi begini kerana kedatangan mengejut Dania membuatkan dia
hilang kata-kata. Dia tidak menyangka Dania akan ambushnya dalam keadaan begini. Dan dia tidak dapat hendak
menegakkan benang yang basah.
“What is wrong with me??? What’s wrong with you! You tahu I cintakan you and yet you still can’t get over her!,” ujar Dania lalu
menunding jari ke wajah wanita yang bernama Zara.
“Sorry for interrupting? Siapa you
dalam hidup Nik?,” tanya Zara namun dia tidak memandang wajah wanita itu bila
dia bertanya soalan sedemikian kerana dia ingin melihat reaksi wajah Nik ketika
dia bertanya soalan itu. Hatinya kecewa dan merasa sedih bila wanita itu
mengatakan mereka punya hubungan dan dia cuba menahan diri dari menangis.
“I bakal isteri Nik jika you
hendak tahu?,” ujar Dania lalu tersenyum sinis.
“Is this true Nik?,” ujar Zara lalu memandang wajah lelaki itu tepat.
Nik tidak menjawab bila
Zara memandang wajahnya. Dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan dalam
keadaan serba salah. Dia tahu Zara kecewa dengannya. Sejak dia bertemu dengan Zara. Dia terlupa langsung tentang Dania kerana dia merasa bahawa Zara itu adalah Lia isterinya, dan pada Nik dunianya hanya dia dan Lia sahaja. Namun Zara tidak akan mengerti.
Jika dia terangkan kepada Zara, Zara tidak akan mempercayai
kata-katanya kerana wanita itu di dalam keadaan marah. Oleh kerana itu Nik tidak mahu
mengeruhkan keadaan dan mengaku sahaja. Dia akan perjelaskan akan kedudukan
yang sebenar bila Zara tidak dalam keadaan marah.
Kerana dia tidak pernah cintakan Dania. Dia menjalinkan hubungan dengan
Dania di atas permintaan ibunya kerana dia tidak mahu membuatkan ibunya merasa
susah hati lagi. Dania juga tahu dia tidak cinta padanya. Rancangan agar mereka
bertunang adalah rancangan keluarganya dan bukan kehendaknya.
“Thanks Nik, thanks for making me believe that you are still in love
with your wife, thanks for making me look like a fool!,” jawab Zara dengan
wajah kecewa.
“Zara, I’m sorry I didn’t tell you about Dania earlier-,”
“Then tell me when Nik?? Oh sebab you are not sure if I’m your Natalia??? You just playing safe?? If I’m not Natalia you felt relieve begitu?
This whole thing is a big mistake?? I
should have listen to Haider, he told me not to trust you..at least he have
balls to admit that he loves me! This is the biggest joke of my life? It is a
mistake that I have fall in love with you Nik!,” ujar Zara lalu
meninggalkan Nik. Airmatanya mengalir laju kerana merasa sedih. Dia merasakan
dirinya di permainkan oleh Nik. Sampai hati Nik!
bersambung.....