Friday, 28 November 2014

Levi's!!!


 
 




Assalamualaikum dan salam jumaat semua!!!

Lama kan aku tak update Blog! Haha tengah kering idea maka tak ada apa yang hendak aku paparkan disini. Tapi hari ni aku ada benda hendak share kat ruangan Shopaholic haha. Setiap jumaat pergi kerja dress down. Bila dah dress down apa lagi yang aku cari. Jeans!! Haha tapi sejak dah bersaiz cute ni susah betul hendak cari size. Itu yang lemah semangat. Sudahnya pakai jeans yang sama aje. Boring kan! Nak dapatkan size yang cute cam aku ni kena pergi jenguk Mark & Spencer atau Dorothy Perkins. Bukan hendak sangat shopping kat kedai-kedai macam tu pun, tapi oleh kerana kat situ je yang ada size cute macam aku. Hampeh! Kalau Mark & Spencer harga baju dan seluar jika pricetagnya tak cecah S$100 tak sah. Terkejut-terkejuts aku tengok harga demo. Dorothy Perkins lak oklah harga tapi still mahal bagi aku. Hehe yelah harap label aje tapi tak semua kualitinya bagus. Jeans kat DP tidak semua materialnya/denimnya berkualiti. Tak semua Ummmphhh! So-so aje.

Nak dijadikan cerita, satu jumaat yang lalu..teman kerja Mardi pakai jeans. Cantik dan kemas sangat, materialnya pun nampak bagus sangat. Maka aku pun compliment cakap jeans yang di pakai cantik sangat, beli kat mana tu? Sebab Mardi ngan aku lebih kurang cute jugaklah cuma aku lagi cute dibandingkan Mardi haha. Mardi kata dia beli jeans dari butik Levis. What! Levis ada ke saiz cute macam kita ni? Aku tanya kat Mardi. Katanya ada. Maka keesokan harinya, hari sabtu aku pun pergi lah singgah butik Levis sebab dah semangat nak cari sepasang jeans Levis ni hah. Sampai dengan semangat waja. Salesgirl kata size paling besar 14/32. What!!! Depa kata size untuk orang cute miut cam aku kena beli range 'curve'. Ceh tak puas hati lagi tu maka dengan cekal hati aku pergi satu lagi butik kat Checkpoint tanya depa ada size 16/33 tak?? Depa kata size kat Spore paling besaq size 14/32. Hampa dan kecewa hati beta mendengarnya.
 
 

Aku ni orangnya kalau dah berkenan memang tak akan stop kat situ aje..maka aku gatalkan tangan gi internet cari Levis butik kat mana ada size aku..huhu..so aku berhenti kat Levis US online. Tekan sana tekan sini..aku terus masuk ‘clearance sale’. Haha. Kalau regular price mahal noh. Mula-mula biasalah aku suka add-add kat bakul sebab bukan sahaja ada size yang aku cari, cantik gila noh original Levis lagi. Kononnya nak beli tapi hati masih tak confident sebab takut kalau dah beli size terkecik tak ke rugi aku. Tapi bila dah tenung lama-lama macam memanggil-manggil lak jeans-jeans tu suruh aku beli. Haha maka dengan cekal hatinya aku purchased sampai 4 pasang! Hah ambik kau! Tak agak2 sekali beli sampai empat pasang. Satu hitam skinny jeans. Satu curve skinny jeans dan 2 pasang straight cut. Apa taknya harga nye setelah tukar mata wang di tolak dan di bahagi sepasang dalam S$80+ tak ke best gitu. Banyak pilihan lagi noh! Kalau kat Singapore koman-koman sehelai jeans levis S$160++ itupun tak banyak pilihan untuk size cute. Ini rambang mata tengok sebab tu sampai terbeli 4 pasang. Dalam hati berdoa dan tawakal moga dapatlah aku pakai jeans tu semua sebab takut size terkecik atau terbesar.

Alhamdullilah setelah menunggu hampir 2 minggu lamanya. Express juga, aku ingat dapat awal bulan 12. Tup-tup dah sampai. Dengan berdebar-debar berserta bismillah aku bukak package Levis. Minta-minta cantik dan aku boleh pakai. Alhamdullilah kesemua empat pasang tu jeansnya cantik ler sesangat dan aku boleh pakai dan selesa.

Cakap tak guna meh tengok gambar. Hehe.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 11 November 2014

1 Market by Chef Wan





Salam sejahtera..satu pasar nama melayu restaurant Chef Wan kita ni..nama Ingerrisnya '1 Market'. Yang sebenarnya ini merupakan trip aku yang kedua ke restaurant Chef Wan. Yang first time pergi tak dapat nak tangkap gambar sebab sibuk chit chat dan makan-makan. Maklumlah kalau dah jumpa teman-teman yang jarang jumpa kecoh dan gamat jadinya. Maka masa Bday cik ngah kita aku dapatlah muatkan di dalam jalan-jalan cari makan aku kali ini. Ok first and foremost. Restaurant 1 Market adalah restaurant buffet stlyed seperti Carousel. AquaMarine. Tiffany. Straits Kitchen. One Rajah. Asian Kitchen dan restaurant yang sewaktu dengannya.
 
1 Market merupakan International buffet. Ada Jepun. Western. Indian. Chinese. etc. Terdapat banyak variety of food. Aku lak sejak usia sudah meningkat ni hehe (bebual macamlah tua sangat)..power of eating pun dah berkurangan, kalau dulu rasanya boleh makan sampai beberapa round sekarang cuma dapat rasa sikit-sikit sahaja kalau hendak merasa semuanya.

Spread yang pertama aku aim adalah cold dish Salmon!!! Encik 'S' tidak berapa gemar dengan cold dish dan surprisingly anak teruna kecil aku tu pandai lak makan Salmon. Hehe sebab aku yang mengajarnya makan sushi ada salmon maka dia pun dok suka ikan orange tu. Hehe. Berulang-ulang dia ke station cold dish menyambar ikan salmon.

Aku kalau makan salmon dan udang harimau separa masak tu suka cecah dengan light sos ngan wasabi best tu walaupun ikan salmon itu di letak sos putih sendiri tapi aku suka rasa yang ada zinc menyengat macam wasabi. Next aku ke station Japan. Apa lagi sushi californa roll dan yang sewaktu ngannya aku dah rembat. Walaupun aku suka salmon tapi aku suka salmon yang sudah dimasak. Kalau yang mentah nya aku cuma makan sushi..shasimi-shasimi ni aku tak berapa minat sangat. Dan selain sushi ada tepanyaki chicken. cawamushi dan beberapa makanan jepun aku tak berapa ingat sangat. Untuk pengetahuan umum menu 1 Market akan bertukar-tukar tidak tetap. Masa hari tu aku pergi ada Laksa. Last year masa xmas eve Wanton noodle. So kalau nak tahu secara detail menu yang di sediakan silalah hubungi 1 Market agar anda tidak berduka cita bila menu yang anda harapkan tak di sediakan pada hari anda ke sana.

Ni baru dinamakan jalan-jalan cari makan. I suka buat satu round survey-survey apa nak makan dulu baru ambik pinggan. Ambik pasta dulu dan baked salmon. Kedua-duanya sedap sebab favourite aku. Maaf sebab tak sempat nak ambik gambar dah ngap sebab lupa haha. Samosa, spring roll.

Then lepas tu pergi ambik satay dan lauk pauk masakan melayu. Itu hari masa aku pergi ada rendang. Ini kali tidak ada. Kali ini aku ke 1 Market kerana diundang oleh Kak Ngah aku sebab Bday dia hehe..meh nengok gambar bday girl dan family nye sat. Anak dan mak pakai baju merah menyala..



     
 
 
 
 


Aku tak sentuh nasi pun kerana aku suka ratah lauk pauk sahaja..jadi aku boleh makan berulang..betul tak???

Next..aku gi station buah rojak buah dan pie tie..pergi station north indian food lah..sambar roti nan dan tandoori chicken..

Alhamdullilah kenyang perut pun dah mula terasa senak..

Bismillah..Ok masa untuk memberi feedback..hehe..sebelum itu nak meminta maaf pada Chef Wan..kot-kot kalau dia terbaca blog aku ni dia terus ban aku dari datang restaurant dia..maaf Chef Wan..saya beri feedback yang membina..sebab saya tahu Chef Wan masak semua sedap-sedap belaka..sebab tu bila saya ke 1 market nak rasa sedap macam Chef Wan masak..saya terus merajuk hati..macam tak nak pergi lagi restaurant Chef Wan..bila di undang oleh Kakak..saya pegi juga mana tahu dah improved..tapi dukacita standardnya masih sama..Sotong bakar tak berapa masak dan sejuk begitu juga satay..walhal satay salah satu makanan favorite saya...makanan melayu so-so aje..yang ok makanan-makanan yang aku tulis kat sini lah..dessert memang sedap walaupun tak berapa banyak variety..jangan marah Chef Wan..ini komen ikhlas dari saya..jangan salah faham aku tak cakap semua tak berapa enak ok..mungkin selera kita lain-lain..tapi 1 Market restaurant standard ala-ala hotel buffet maka harus ada standard ala-ala Hotel tak gitu namanya...sempat gak bergambar dengan Cardboard Chef Wan..Senyum....



















 

JCube - Ice Rink!! Singapore

 
 
 



Assalamualaikum wbt..

Time-time cuti sekolah ni yang buatkan para ibu bapa pening memikirkan tempat mana hendak di bawa anak-anak keluar berjalan betul tak???..Untuk orang macam aku yang menjadi bendahari di rumah maka aku di tugaskan untuk memplan semua yang berkaitan dengan financial. Haha..kita hendak pergi bercuti atau beriadah tapi berbudget camne eh??? Lebih-lebih lagi aku ni dok kat Singapore..rasa-rasanya ada ke tempat yang berbudget dan fun??? Kalau ada tempat yang tak yah berbayar lagi aku suka..tapi sedihnya di Singapore ni semua berbayau..kalau tempat yang berbayau tu murah tak pe lah jugak kan..ini tidak aku bukan kedekut tapi berbudget ok..lagipun masa aku kecik-kecik dahulu mak dan abah tak suka manjakan kami sangat..so aku pun teruskan parental guidance dari mereka..katanya biar anak kita berdikari dan tidak suka meminta-minta..sesekali beri tak apa jangan selalu..ok gak cara mereka tu kan..aku dulu kalau nak apa-apa kumpul duit dari duit saku sekolah tak suka menyusahkan mak bapak..ada duit beli tak ada diam tak banyak bunyi..

Dok di Singapura ni tak boleh ponah duit ikut sesuka hati kerana sana sini gunakan duit kat sini tak de nye yang percuma..

Kalau di BP..aku dah cadang dan plan macam-macam kat kakak aku. Buat BBQ kat rumah ke? Pergi piknik kat air terjun ke? biar bebudak yang duduk di konkrit jungle merasa air terjun dan alam semulajadi tak ler depa jakun. Tapi bulan Nov dan Dec pulak tengah time monsoon. Karang tak paisai2 piknik bukan dengan air terjun je nanti. Maka terpaksa kena scrap niat hendak buat piknik..Haizz..kesian pulak tengok muka comel-comel yang kesayuan bila depa terpaksa dok kat rumah time cuti sekolah. Tak sampai hati lak..

Then one Saturday..Mr. ‘S’ kata terpaksa kerja dan aku pula boring dok rumah tak buat apa. So aku ajak ler budak berdua tu keluar jalan-jalan makan angin. Dan di sebabkan aku kata tengah musim monsoon tak dapat ler bawak mereka ke Jurong Swimming Complex untuk mandi manda. Tempat mana lagi hendak bawak bebudak tu??? Fikir punya fikir aku ambil keputusan untuk ke Jurong juga ‘JCube’ baru teringat kat situ ada ice rink! Hehe..nasib ada walaupun harga admission tu mahal sikit tapi tak pe sesekali.

 
Pada awalnya dua beradik tu takut-takut juga sebab mereka tidak pernah skate apatah lagi ice skating. Tapi teruja hendak skate sebab tengok orang yang boleh skate seronok berpusing-pusing kat rink tu. Mula-mula tu Mikhail skate kat tepi sebab dia nak tempat berpaut kerana takut jatuh. Adiknya Maya aku sewakan penguin. Adiknya Maya berani sikit berbanding abangnya tu. Banyak kali juga dia jatuh-jatuh tapi semangat masih kental jugak nak teruskan skate. Lama-lama dua-dua dah berani walaupun skate perlahan dan asyik jatuh je.

Wajah-wajah excited dua beradik..