Thursday, 31 July 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 2)






                 “So how marriage life?,” tanya Nadia sebaik sahaja Era menjawab panggilan telefon darinya. Rindu benar dia pada Era sejak wanita itu sudah bernikah sebulan yang lalu. Dia tidak menyangka Era berkahwin dengan Adam Matin Salvatore lelaki yang pernah mereka umpat dan tidak berkenan dahulu. Kalau sudah jodoh tak boleh hendak lari kemana.



 

“Alhamdullilah ok..,” jawabku lalu tersenyum merasa gembira dan bahagia sejak sudah berumahtangga. Dan aku sudah tone down sedikit sejak sudah berkahwin. Kalau dahulu mulut aku laser sahaja membidas kata-kata Adam sekiranya aku tidak berkenan. Tapi sekarang aku banyak menapis setiap ayat yang keluar dari mulutku. Maklumlah Adam kini suamiku. Aku tidak boleh menderhaka padanya. Jika Adam melakukan perkara yang aku tidak sukai aku akan menegurnya dengan baik. Hehe..perangai aku berubah 360 darjah. Tak laser dan brutal seperti dahulu. Kalau sindir bergurau tu adalah.

 
 
 

“Wah! sejak dah jadi Mrs Adam ni, aku pun kau dah tak ingat lagi eh??,” usik Nadia. Yelah Era sudah tidak bekerja lagi. Dia dengan budak baru yang mengantikan Era tidak sekepalanya dengannya. Maksud dia, kepala gila-gila seperti Era. Budak baru itu pendiam dan tidak begitu mesra alam. Kalau ada Era. Office tidaklah bosan.

 
 
 

“Merajuk lah pulak cik Nadia kita..aku sibuk lah, kau ingat aku goyang kaki ke sejak dah kahwin ni..banyak tanggungjawab aku hendak uruskan tau tak?,” jawabku bila Nadia mula merajuk denganku. Siapa kata bila sudah berkahwin dengan orang kaya seperti Adam aku tidak perlu membuat kerja rumah. Aku memilih untuk melakukan sendiri kerana aku bosan jika tiada apa yang aku dapat buat kerana aku tidak bekerja lagi.

 
 
 

“Kahwin dengan billionaire sibuk??? Hai apa yang kau buat kat rumah?,” soal Nadia ingin tahu.

 
 
 

“Buat kerja homemaker..,” jawab ku ringkas. Billionaire tak billionaire. Aku tetap mahu menguruskan rumahtangga sendiri. Tak reti aku hendak duduk diam tanpa membuat apa-apa.

 
 
 

“Era..Era dulu selalu cakap kalau kahwin dengan orang kaya tak perlu susah-susahkan diri buat semua perkara sendiri, nah sekarang hajat sudah tercapai lain pula ceritanya,” ngomel Nadia. Era memang begitu bila tiba masa lain pula ceritanya. Era sudah biasa hidup bersederhana dan bila mendapat suami yang kaya raya seperti Adam, Era tidak tahu hendak menyesuaikan dirinya.

 
 
 

“Ikhlas untuk suami tercinta..pahalanya besar tau kalau buat sendiri dari suruh orang lain,” jawabku lalu menyimpan kemeja-kemeja Adam yang siap di gosok ke dalam walk-in wardrobenya. Aku menyusun baju-bajunya mengikut warna.

 
 
 

“Yelah..jealous aku tengok kau berdua dah kahwin..aku pun nak kahwin cepatlah,” jawab Nadia. Dia gembira melihat teman baiknya bahagia bersama Adam. Adam banyak berubah. Kalau dahulu dia suka melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sekarang dia seorang suami yang devoted and responsible.

 
 
 

“Kesian Hasrul terpaksa menunggu lama untuk bersama dengan kau Nad,” usikku kerana hubungan Nadia dengan Hasrul sudah hampir ke 3 tahun. Apa lagi yang Nadia tunggu. Hasrul seorang lelaki yang baik dan penyayang.

 



“Betul tu..kesian Hasrul..eh kau belum pergi honeymoon lagi kan?? Adam tak plan apa-apa ke?,” soal Nadia bila teringatkan bahawa teman baiknya itu tidak pergi berbulan madu sejak bernikah sebulan yang lalu. Tak kan lah Adam sibuk sehingga tidak punya masa membawa isterinya untuk berbulan madu.

 
 
 

“Belum..tapi Adam ada plan,” jawabku ringkas lalu keluar dari wardrobe menuju ke ruang dapur pula. Sempat mataku melirik kearah jam di dinding. Jarum jam menunjukkan keangka 3.40 petang. Cepat masa berlalu lusa sudah masuk bulan Ramadhan. Tahun ini aku merasa gembira kerana dapat menyambut ramadhan bersama orang yang tersayang iaitu Adam. Aku tahu Ramadhan kali ini tidak semudah ramadhan tahun-tahun yang lalu kerana aku menyambutnya bersama Adam. Dan Adam aku perlu membimbingnya.

 
 
 

“Adam plan honeymoon kat mana?? Bila kau orang plan nak pergi??,” soal Nadia ingin tahu. Yelah dahulu Adam sanggup meluangkan masa dan menghabiskan wang untuk Era dan membawanya kemana sahaja Era hajati tapi setelah berkahwin kenapa Adam tidak teruja seperti waktu mula-mula mahu memikat hati Era. Adakah perangai lelaki begitu selagi belum di perolehi akan sediakan bulan dan bintang tapi bila sudah di perolehi tidak lagi merasa teruja untuk memikat hati isteri? Ini yang membuatkan Nadia tidak mahu kahwin kerana khuatir pasangannya akan berubah bila sudah berumahtangga nanti.

 
 
 

“Osaka..dia plan nak pergi next month,” jawabku lalu duduk di sofa.

 
 
 

“Kau berdua biar betul next month kan bulan puasa..,”

 
 
 

“Hah tulah Mr. Adam kita tak tahu next month bulan puasa,” jawabku lalu tersenyum bila Adam dengan wajah bersahaja mencadangkan kami pergi berbulan madu bulan hadapan kerana tidak tahu bulan hadapan umat Islam menjalankan ibadah puasa.

 
 
 

“Seriously kau tak beritahu dia..kau tahu kan cara hidup dia dahulu bagaimana?? Aku yakin kau dapat membimbing Adam,” ujar Nadia. Dia tahu Adam tidak di bimbing dan diberi ajaran agama sejak kecil. Hanya Era sahaja yang dapat membantu Adam.

 
 
 

“In Sha Allah Nad..sudah menjadi tanggungjawab aku untuk membimbing Adam..,” jawabku tersenyum bila menerima pesanan ringkas dari Adam mengatakan dia ‘quite nervous’ untuk berpuasa di bulan ramadhan kerana dia tidak pernah berpuasa.

 
 
 

‘You will be fine, In Sha Allah.’ Aku membalas message Adam. Kesian pula aku padanya. Buat pertama kalinya aku melihat lelaki yang selalu kelihatan confident dan compose itu mengelabah kerana terpaksa menjalankan ibadah puasa tahun ini. Semoga Allah permudahkan urusanku untuk membimbing Adam. Amin.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 1)

 
 
 
 
Assalamualaikum..Salam lebaran semua!! Maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa tersilap kata bila tulis di dalam blog ni..kira 0-0 ye. Dan kepada peminat 'How Can I Not Luv U'. Silalah baca edisi hari raya yang short and sweet ni..semoga terhibur..dan memandangkan baru mendapat idea beberapa hari sebelum raya maka edisi raya ni masih dalam proses penulisan lagi..be patience ye! harap-harap boleh habis secepat mungkin..
 
 
 
 
 
               Adam berjalan perlahan mendekati Era yang tidak sedar dan leka menyediakan sarapan pagi buat dirinya. Isterinya yang tercinta itu tidak betah duduk diam sejak menjadi Mrs. Salvatore. Sejak mereka berumahtangga kelmarin. Adam pernah bercadang untuk mendapatkan Era pembantu rumah. Tapi Era tidak bersetuju buat masa ini, katanya dia masih boleh menguruskan rumahtangga sendiri. Lainlah mereka mempunyai anak. Dan mereka berpindah ke condo tempat Era pernah tinggal dahulu kerana Era tidak mahu tinggal di rumah bachelor padnya di Urbane Penthouse. Adam mengambil keputusan untuk membeli rumah baru dan buat masa ini mereka tinggal di condo.
 
 
 
“Sayang buat apa?,” ujar Adam lalu memeluk isterinya dari belakang. Isterinya Era terperanjat bila Adam memeluknya tiba-tiba. Era sudah lali dengan perangai suaminya yang suka membuat kejutan itu.
 
 
 
“Tengah tumis sambal udang,” jawabku tersenyum lalu menoleh ke wajah tampan Adam. Ingin melihat reaksinya. Yelah Adam tidak pernah makan breakfast berat selama ini. Dia hanya mahu aku menyediakan toast bread, cereal dan waffle. Sarapan orang putih. Dah naik jelak aku di buatnya. Hari ini aku mahu Adam rasa masakan melayu pula. Dah dia kahwin dengan wanita melayu maka dia harus pandai makan masakan orang melayu.
 
 
 
“Sambal tumis udang?? Kita breakfast apa hari ni sayang?,” ujar Adam lalu duduk di atas cabinet granite memerhatikan Era mengacau sambal udang. Aroma sambal tumis udang yang di sediakan Era begitu menyelerakan. Dia masih teringat lagi akan asam pedas ikan pari yang pernah Era sediakan dahulu. Sedap dan pedas. Pertama kali dia dapat merasa asam pedas ikan pari kerana dia jarang sekali makan masakan melayu kerana tiada siapa yang menyediakannya. Dia lebih cenderung kepada makanan barat dan pasta. Dan jika dia menemani client dari Indonesia mereka hanya ke restaurant masakan Indonesia.
 
 
 
“Nasi lemak,” jawabku ringkas lalu memindahkan sebahagian sambal tumis udang ke dalam mangkuk corelle.
 
 
 
“Nasi lemak?? Wah dengar macam sedap aje,” jawab Adam lalu turun dia mengekori Era menuju ke ruang makan. Tidak sabar ingin menjamu selera. Di meja makan terdapat fried sunny egg, fried chicken wings, sambal udang, nasi lemak, kacang tanah dan ikan bilis goreng berserta timun. Perutnya terasa lapar. Dia menarik kerusi lalu duduk.
 
 
 
“You are going to make me fat,” jawab Adam jika Era selalu menghidangkan makanan seperti ini selalu.
 
 
 
“Tak ada fatnya..you will burn the calories in no time dear,” jawabku lalu tersenyum sinis bila Adam mengatakan dia akan menjadi gemuk jika aku sajikan makanan begini selalu. Bukan aku tak tahu suami aku tu self-conscious. Rajin ke gym dan pergi swimming. Tak sempat lemak nak melekat di dagingnya dia sudah bakar semua lemak. Aku menyenduk sesenduk nasi lemak lalu meletakannya di atas pinggan Adam.
 
 
 
“Ok..enough,” ujar Adam bila aku hendak menyenduk sesenduk lagi nasi lemak ke atas pinggannya.
 
 
 
“One scoop of nasi lemak? Really??,” ujarku bila Adam masih ambil sedikit dan tidak percaya dengan masakanku. Penat-penat aku masak dia hanya makan sesenduk sahaja? Merajuk aku di buatnya. Apa dia ingat aku tidak pandai masak ke?
 
 
 
“I cuba dulu..,” jawab Adam lalu tersengih.
 
 
 
“Ok,” jawabku ringkas lalu duduk di hadapannya.
 
 
 
Mata Adam melilau mencari sesuatu.
 
 
 
“Guna tangan sayang..,” ujarku lalu menghulurkan mangkuk kecil berisi air untuk Adam gunakan untuk mencuci tangannya.
 
 
 
Adam tersengih bila Era berkata demikian. Dia sudah biasa mengunakan sudu dan garfu. Tapi untuk tidak menghampakan kehendak Era dia turutkan sahaja walaupun dia belum biasa lagi.
 
 
 
“Jemput makan..Bismillah,” ujarku lalu tersenyum.
 
 
 
Adam mengambil dua ekor udang sambal tumis dan meletak sedikit sambal di nasi lemaknya begitu juga kepingan timun, kacang dan ikan bilis, dan telur dia hanya ambil separuh.
 
 
 
Aku memerhatikan Adam makan mengunakan tangan. Walaupun kelihatan agak kekok tapi Adam sudah pandai. Adam mencubit sedikit sambal udang dan menyuapkan nasi ke mulutnya perlahan.
 
 
 
“Ermm nice dear..pandai you masak,” puji Adam lalu menyenduk nasi lagi ke pinggannya. Adam makan begitu berselera sekali. Adam tidak tersedak kerana kepedasan kerana sambal tumis aku memang pedas. Mungkin Adam sudah biasa. Aku hanya mampu tersenyum bila Adam memuji masakan aku yang tidak seberapa ini. Yelah setakat nasi lemak budak menengah pun boleh buat.
 
 
 
“Dear..kita pergi Japan next month for honeymoon ok?,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Mereka tidak plan lagi untuk pergi ke honeymoon kerana Adam sibuk dengan merger di syarikatnya sehingga tidak memberi mereka peluang untuk merancang untuk pergi ke honeymoon.
 
 
 
“Pergi Jepun bulan depan for our honeymoon??? Serious??,” ujarku bila Adam memilih Jepun untuk destinasi bulan madu kami. Aku tidak pernah pergi ke Jepun. Pendek kata destinasi jauh yang pernah aku jejak Paris dan Nice itupun di atas ehsan Mr. Adam kita yang tunaikan permintaan aku hendak bercuti ke Europe.
 
 
 
“Yah..kenapa?? you tak suka ke? If you have other places in mind just let me know,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Dia memilih destinasi Jepun kerana musim spring dan dia percaya Era suka melihat keindahan bumi Jepun pada musim luruh kerana dapat melihat pohon Sakura yang cantik di merata Osaka.
 
 
 
“Eh suka..tapi kan next month bulan puasa..macamana nak enjoy honeymoon Mr. Adam..,” jawabku lalu tersenyum.
 
 
 
“Next month?? Puasa?? Fasting month? next month?? Eh ok apa kita sambut puasa di Japan..satu kelainan,” ujar Adam dengan wajah selamba. Tiada bezanya puasa di Malaysia dan di Negara orang lain. Di jepun juga terdapat umat islam walaupun hanya segelintir sahaja. Dia pun tidak teringat atau tidak tahu langsung yang bulan hadapan adalah bulan Ramadhan, kalau isterinya tidak beritahu tadi. Dan seumur hidupnya dia tidak pernah berpuasa al-maklum lah sebelum dia mengenali Era dia tidak pernah mempraktik agama dan ajaran islam. Setelah bernikah dengan Era. Era banyak membimbingnya dari segi agama dan dalam masa yang sama dia ada juga mendalami agama islam dengan ustaz yang di minta mengajarnya di rumah.
 
 
 
What!! Am I wrong to say that..,” ujar Adam bila Era memberinya pandangan sedemikian. Pandangan you-must-be-joking.
 
 
 
“You pernah berpuasa di Jepun..Mr. Adam,” soalku lalu memandang wajah Adam bila dia kelihatan konfident dan bersahaja mencadangkan agar kita berpuasa di sana.
 
 
 
“Err sayang..I tak pernah rasa nasi lemak sedap begini..ini resepi you sendiri ke?,” ujar Adam tanpa menjawab soalan Era lalu mengadap makanan di hadapannya. Malu bila Era mengajukan soalan sedemikian padanya. Sebabnya dia tidak pernah berpuasa sebelum ini.
 
 
 
“Kenapa pucat Mr. Adam?,” soalku ingin tahu, kerana Adam tidak memberi sebarang komen bila aku bertanya samada dia pernah berpuasa di luar negara sebelum ini malah cuba menukar subject tiba-tiba.
 
 
 
“I tak pernah berpuasa sebelum ini,” jawab Adam mendatar dengan wajah serious, dia merasa segan dengan Era. Pasti Era pengsan bila dia mengatakan bahawa dia tidak pernah berpuasa selama ini.
 
 
 
“I know,” jawabku ringkas lalu bangkit dari kerusi. Aku mengangkat pinggan kotorku lalu membawanya ke sinki.
 
 
 
“You know?? How do you know?,” soal Adam bila isterinya kelihatan selamba dan tidak terperanjat bila dia mengakui bahawa dia tidak pernah berpuasa sebelum ini apatah lagi menyambut hari raya kerana Adam tidak mempunyai ramai teman melayu islam. Dan cara hidupnya selama ini kebaratan.
 
 
 
“Mr. Adam Matin Salvatore..must I let you know how do I know??,” ujarku lalu tersenyum. Aku tidak perlu bertanya kepada sesiapa mengenai Adam kerana selama aku bersama dengannya 3 bulan dahulu aku sudah cukup kenal akan diri Adam dan cara kehidupan yang sebenarnya.
 
 
 
“Sebab tu I nikah dengan you sayang..sebab my darling wife begitu memahami diri I,” ujar Adam lalu tersenyum. Sejak dia berumahtangga baru dia merasakan hidupnya lengkap dan terurus. Adam benar-benar bersyukur ditemukan dengan wanita yang bernama Shah Era Mazuin yang dahulunya dia tidak pernah pandang sebelah mata. Tapi setelah mengenali wanita itu dan mengenali cinta dia tidak dapat hidup tanpa Era. Adam tinggalkan tabiat buruknya yang lalu. Dari seorang lelaki yang kaki perempuan dan peminum. Adam tidak lagi seperti dahulu dan dia merasa bahagia.
 
 
 
“Actually kan..not a bad idea kita berpuasa di Jepun, satu kelainan,” ujar Adam tiba-tiba. Tidak semestinya harus berpuasa di negeri sendiri. Puasa di negeri orang lain sama seperti negeri sendiri.
 
 
 
“Ermmm..apa kata kita raya sekali kat sana nak tak Mr. Adam??..ok apa first day hari raya kita makan sushi dan udon,” ujarku lalu tersenyum menyindir. Berharap bahawa Adam dapat menangkap akan sindiran yang aku beri padanya. Apa gila raya makan sushi dan udon. Eii tak naklah aku. Aku hendak makan ketupat lemang dan rendang. Apa classnya makan sushi dan udon.
 
 
 
“See!!..I know you like the idea..so I akan suruh Dian check with the Directors whether they are using the Lear Jet next month,” ujar Adam tersenyum gembira kerana Era tidak kisah mereka meneruskan bulan madu di Jepun.
 
 
 
“Lear jet..seriously??? Wow!!,” ujarku tidak percaya dengan apa yang Adam katakan. Seperti bermimpi pula bahawa Adam memiliki Lear Jet.
 
 
 
“You tak tahu??,” soal Adam bila isterinya kelihatan teruja bila dia mengatakan bahawa mereka ke sana tidak menaiki pesawat komersial malah akan menaiki jet peribadi. Semasa dia membawa Era ke Europe jet peribadinya di gunakan oleh salah satu Director untuk tujuan business trip dan terpaksa menaiki pesawat komersial biasa.
 
 
 
Aku mengelengkan kepala perlahan menandakan aku tidak tahu bahawa Adam memiliki jet peribadi dan juga kerana aku tidak percaya bahawa Adam mengambil serious akan cadangan aku untuk menyambut hari raya di Jepun. Eii memang tak lah! Lear Jet..tak Lear jet.
 
 
 
“Memang tak lah..nak berpuasa dan menyambut raya di Jepun..Mr Adam oii!!, be realistic lah sikit..,” ujarku dengan wajah selamba cukup membuatkan Adam tersengih menyedari akan kesilapannya.
 
 
 
 
bersambung...