Monday 23 February 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 34



 
 
 
 
 
 
Aku meletak gagang telefon kembali dengan perasaan sebal. Nombor yang diberi tidak lagi dalam perkhidmatan. Bagaimana aku hendak buat kerja dengan lancar jika aku tidak dapat menghubungi orang yang aku perlu temuramah? Aku kembali mengadap komputer lalu menaip sesuatu. Semalam aku menaip pelbagai soalan untuk aku jadikan panduan ketika hendak menemuramah ‘ED‘. Kononnya hari ini aku mahu menghubungi ED dan mahu bertemu dengannya. Tapi usahaku untuk menghubungi ED tidak berhasil kerana nombor yang diberi tidak di dalam perkhidmatan. Pelik! Masakan Mr. Haiqal beri salah nombor kepadaku. Aku berhenti menaip. Fail ‘ED‘ ku capai lalu berjalan menuju ke arah bilik Mr. Haiqal.
 
 
 
 
“Anna I nak jumpa dengan Mr. Haiqal..dia free tak?,“ tanyaku sebaik sahaja berhenti di hadapan meja Anna. Walaupun Mr. Haiqal itu pakcik aku. Tapi aku tidak boleh sewenang-wenangnya pergi bertemu dengan dia.
 
 
 
 
“I think  he’s free,“ ujar Anna tanpa memandang wajah Marsha kerana dia sibuk menaip sesuatu.
 
 
 
 
“Ok thanks,“ jawabku menuju ke arah bilik Mr. Haiqal. Dari jauh aku lihat Mr. Haiqal asyik membaca sesuatu.
 
 
 
 
Pintu biliknya ku ketuk perlahan. Haiqal memandang ke arah pintu lalu menganggukkan kepalanya perlahan tanda dia izinkan aku masuk ke dalam biliknya.
 
 
 
 
“Paksu nombor ED yang paksu beri tu betul ke?? I tried to call him not successful..,“ ujarku lalu duduk di kerusi berhadapan dengan mejanya.
 
 
 
 
“Nombor ED??? I don’t recall that I give you his phone number..if you need to interview him you can only do that through phone,“ ujar Haiqal lalu mencapai fail yang di beri kepada Marsha tempoh hari. Walaupun ED bersetuju ceritanya di siarkan di majalahnya namun ED masih belum bersedia untuk bertemu dengan penulis yang bertanggungjawab menulis tentang dirinya. Dia hanya bersedia untuk ditemuramah melalui telefon sahaja.
 
 
 
 
“You kidding aren’t you? How can I possiby write about him through interview from telefon..,“ ujarku dengan wajah terperanjat. Interview melalui telefon? Patutlah Mr. Haiqal memberi aku assignment ini kepadaku, kerana dia tahu tiada siapa yang mahu bekerja dengan orang yang tidak dapat bekerjasama dan memudahkan penulis seperti kami.
 
 
 
 
“Permintaan ED, Marsha! Awak harus hormat hasrat ED,“ jawab Haiqal bila Marsha tidak senang dengan arrangement ED dengan Editornya.
 
 
 
 
“I started to hate him already..,“ ujarku dengan wajah kurang senang kerana ia tidak memudahkan tugas aku. Dan aku percaya setiap panggilan telefon yang akan aku lakukan. Mr. Haiqal pasti ada bersama. No privacy at all. Dan kenapa si ED mahu syarikat kami menceritakan tentang dirinya tapi dia sendiri masih belum bersedia untuk mendedahkan imejnya? Pelik!
 
 
 
“Him??? Did you say ‘Him‘?,“ ujar Haiqal terperanjat mendengar komen Marsha. Bagaimana Marsha tahu ‘ED‘ seorang lelaki sedangkan dia tidak pernah memberitahu Marsha akan jantina ED.
 
 
 
“Yes...Him,“ jawabku dengan wajah bosan.
 
 
 
“Macamana awak tahu ED lelaki??,“ tanya Haiqal lalu memandang wajah Marsha dengan pandangan hairan. Apa Marsha sudah tahu siapa ED dan pernah bertemu dengannya?
 
 
 
“I’ll guess..if dia tidak? Good!..but jika dia lelaki..then dia lelaki yang cerewet,“ komenku dengan wajah selamba. Pertama kali aku mengadu tentang hal keburukkan ED. Penulis idola ku. Seriously what’s wrong with me? Entah kenapa mood aku sejak akhir-akhir ini tidak berapa baik. Semua aku rasa tidak kena pada pandangan mataku. Sejak aku pulang dari ‘The Bee‘ mood aku tidak begitu baik. Aku cemburu melihat isteri Eddy. Eddy kelihatan bahagia bersama wanita itu. Kenapa aku tidak kenal Eddy dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang setelah dia sudah dimiliki? Perasaan aku terhadap diri Eddy semakin hari semakin sukar untuk aku tafsirkan. Aku cuba menafikan bahawa aku suka padanya, kerana selama ini aku menyangka aku dapat mengawal dan mengikis perasaan aku terhadap dirinya dengan mudah. Dahulu semasa aku sukakan Azlee aku tidak pernah berperasaan sedemikian. Setelah aku tahu hati Azlee bukan untukku. Ya..aku kecewa dan sedih merasa diri tertipu, walaupun sukar namun aku dapat mengatasinya. Tapi dengan Eddy aku tahu aku tidak dapat memiliki hatinya kerana aku terlebih dahulu tahu bahawa dia sudah beristeri. Tapi kenapa aku tidak dapat melupakanya kenapa perasaan sayang ku terhadap diri Eddy semakin hari semakin menebal, manakala sayang dan cintaku terhadap diri Erhan semakin hari semakin menipis.
 
 
 
Haiqal mengerutkan dahinya bila Marsha memberi komen sedemikian. Kenapa dengan Marsha hari ini. Selalunya dia tidak macam ini. Bila sebut sahaja nama ‘ED‘ dia akan merasa teruja tapi hari ini wajahnya tidak menunjukkan bahawa dia teruja. Dia kelihatan bosan dan tidak ada mood.
 
 
 
 
“You ada masalah Marsha?,“ tegur Haiqal bila di lihatnya Marsha moody begitu. Dia kenal Marsha. Seorang wanita dreamer. Hopelessly romantik dan kerana dia memiliki sifat begitu jarang sekali dia lihat Marsha moody dan merasa frustrated.
 
 
 
 
“Tak ada masalah..yang ada masalah your favourite mysterious writer?? Seriously how can I do my job properly dengan this kind of arrangment?? Is he trying to sabotage my promotion, I don’t know whether I can do this anymore!..you cari sahajalah orang lain to cover ED story,“ ujarku lalu bangun dari kerusi tanpa sempat Mr. Haiqal memberi komen, aku sudahpun keluar dari biliknya. Aku malas hendak mendengar alasan Mr. Haiqal. Manjakan ED sangat! Biar Mr. Haiqal sendiri yang layan karenah cerewet ED. Panas hati aku dibuatnya. Lantaklah samada Mr. Haiqal dan Puan Sarah hendak promote aku atau tak! Aku sudah tidak kisah lagi.
 
  
 
*****
 
 
 
                             Erhan mengelus lembut rambut perang Eryan yang sedang tidur kepenatan di sofa. Dia ingin membawa Eryan makan malam di tempat lain namun anak kecil itu tidak mahu. Dia mahu terus berada disini kerana mahu melihat Mas Khairul menyanyi katanya. Erhan tersenyum sendiri melihat gelagat si kecil. Eryan benar-benar menghiburkan hatinya.
 
 
 
Erhan melirik ke arah Lieza dan Khairul sedang berbual mesra. Dia tersenyum lagi melihat pasangan dua sejoli itu kelihatan bahagia. Hatinya pula merasa sedikit sayu. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia dan Lasindah bertemu dua mata. Perasaannya terhadap diri Lasindah sudah nyata. Dia cinta dan sayangkan wanita itu. Dan perasaan itu semakin menebal dari hari ke sehari. Benar kata Lieza apa yang membuatkan dia menunda pertemuan mereka? Dia tahu akan perasaannya sebaik sahaja terpandang akan wajah Lasindah buat pertama kali di Red Bean Bag Café. Malah dia merasa terperanjat dan tidak menyangka wanita itu adalah Lasindah.
 
 
 
                              “Boss..Khairul kata your voice memang superb! Seriously I didn’t know you can sing that well,” ujar Lieza lalu duduk di sofa bertentangan dengan Erhan. Lieza meletak gelas berisi fresh orange di meja hadapannya.
 
 
 
                            “Terima kasih..aku nyanyi suka-suka more to hobby..mana Khairul sudah pulang?,” tanya Erhan bila Khairul tidak kelihatan bersama dengan Lieza.
 
 
 
 
                              “Khairul pergi Gents..boss I nampak the same lady yang kita jumpa kelmarin?? She’s with her girlfriend kenapa tak ajak join kita tadi?,” tanya Lieza lalu menyedut fresh orangenya.
 
 
 
 
                              “Kamu nampak dia?,” ujar Erhan lalu mencapai gelas berisi air putih lalu meneguknya perlahan.
 
 
 
 
                              “Ya..dia ada kawan bernyanyi kat sini juga ke?? What a small world,” jawab Lieza.
 
 
 
 
                              Erhan meletak gelas itu kembali di atas meja lalu berdehem kecil. Matanya melirik kearah Khairul yang berjalan kearah sekumpulan lelaki yang menunggu giliran untuk bernyanyi. Menurut Lieza, tunangnya Khairul juga sering bernyanyi di mana-mana pub dan dia punya ramai kenalan yang memiliki bakat yang sama. Iaitu menyanyi. Sebab itu dia mengundang Lieza dan Khairul kemari.
 
 
 
 
                              “Ah Lieza..aku ada sesuatu hendak share dengan kamu,” ujar Erhan lalu menyandarkan badannya di sofa.
 
 
 
 
                              “Share? Share apa?,” tanya Lieza bila Erhan tiba-tiba kelihatan serious. Apa bossnya hendak berkahwin? Jika benar dengan siapa? Setahunya Erhan suka pada so-call Lasindahnya. Dan menurut Erhan dia masih belum bertemu dua mata dengan wanita itu kerana dia belum bersedia. Apa yang dia hendak share dengannya? Erhan mahu pulang ke Jakarta terus?
 
 
 
 
                              “Aku punya nick name,” ujar Erhan lalu memandang wajah Lieza.
 
 
 
 
                              “Boss you beri I suspen ajelah..I thought you hendak pulang ke Jakarta terus.., semua orang ada nick name boss..so what’s yours?? Let me guess, Danny?,” teka Lieza lalu ketawa kecil.
 
 
 
 
                              Erhan tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan kerana tekaan Lieza salah. Memang semua akan meneka nama nicknamenya Danny kerana nama keduanya Daniel. Tidak semua orang tahu akan nama nicknamenya hanya kenalan rapat dan keluarganya sahaja yang tahu.
 
 
 
 
                              “Then apa?,” tanya Lieza ingin tahu.
 
 
 
 
                              “Eddy,” jawab Erhan perlahan.
 
 
 
 
                              “Eddy! Wah..beda bangat nickname kamu dengan nama sebenar kamu boss..bukankah nama kamu Teuku Erhan Daniel Budi? Gi mana datangnya ‘Eddy’,” ujar Lieza lalu ketawa kecil.
 
 
 
 
                              “Short form of Erhan Daniel..teman-teman socialku panggil aku ‘Eddy’,” jawab Erhan tanpa mengulas panjang.
 
 
 
 
“Ya..I baru teringat itu hari that lady mention nama Eddy. I thought I salah dengar..rupanya tidak so memang your nickname Eddy lah..,” jawab Lieza sambil lewa. Dia perasan wanita itu memanggil bossnya Eddy tapi dia tidak bertanya pada Erhan kenapa wanita itu memanggilnya Eddy dan bukan Erhan.
 
 
 
 
                              “Tak salah..so you know now..kalau ada yang memanggil aku Eddy dan bukan Erhan..,”
 
 
 
 
                              “Ok, thanks for sharing boss,” jawab Lieza ringkas lalu tersenyum dan dia tidak mengesyaki apa-apa.
 
 
 
 
                              Lieza tiba-tiba duduk menegak bila menyedari dan teringatkan sesuatu. Erhan tidak berkongsi cerita sepenuhnya kepadanya.
 
 
 
 
                              “Jadi Lasindah tidak tahu bahawa Eddy itu adalah Erhan?,” ujar Lieza tiba-tiba.
 
 
 
 
 
                              Erhan tidak menjawab malah mengelengkan kepalanya perlahan bila PAnya sudah mula sedar akan kenapa dia mahu berkongsi nama samarannya kepadanya tiba-tiba sedangkan selama ini dia tidak pernah mahu berbuat demikian.
 
 
 
 
                              “You are so mean..,” ujar Lieza dengan wajah tidak percaya bila menyedari bahawa Erhan selama ini menrahsiakan tentang siapa dirinya yang sebenar dari pengetahuan Lasindah. Dan Lasindah benar-benar tidak tahu bahawa Eddy itu sebenarnya Erhan.
 
 
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 
 


Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 33









Aku menarik tangan Salena menuju ke arah lain menuju ke restaurant yang si Norman kata ada open mic. Tidak berapa pasti samada aku berada di tempat yang betul atau tidak kerana di dalam surat Erhan tidak menyatakan nama tempat itu selain dari Publika dan Jaya One. Hampir berhari juga aku google dan research tempat yang ada di Publika dan Jaya One, ada tak cafe yang dimaksudkan. Aku tanya budak-budak kat office mereka semua cakap mungkin ‘The Bee‘ kerana Bee terdapat di Publika dan Jaya One. Mengikut saranan mereka. Aku heret Salena ke Jaya One tanpa memberitahu Salena terlebih dahulu akan tujuan aku memilih venue untuk dinner kami di sana.




 
 

“Kata nak makan kat Nando‘s?? Apsal boleh melencong kat sini pulak,“ ujar Salena bila kami menuju ke arah lain selain dari restaurant Nando’s.
 
 
 

 

“Aku boringlah makan kat Nando’s kita cuba the Bee nak? Budak-budak office cakap burger diaorang sedap,“ ujarku lalu tersenyum. Kalaulah Salena tahu akan plan aku ke sana kerana mahu mencari Erhan pasti berbakul dia maki aku. Ada lebih baiknya aku diam sahaja. Aku melirik ke arah jam di tangan. Wah dah pukul 8.26 pasti dah mula. Sebab show start pukul 8 tepat. Restaurant The Bee memang cosy dan deconya aku suka retro sangat.
 
 
 

 

“Eh ni pub ke restaurant?? Kenapa ada orang nyanyi?,“ tanya Salena bila terdengar suara orang menyanyi sebaik sahaja kami masuk ke dalam restaurant tersebut. Boleh tahan ramai juga orang yang datang melihat persembahan mereka. Pasti kenalan dan sahabat handai memberi sokongan kepada mereka.
 
 
 

 

“Restaurant lah..ntah eh aku pun tak tahu..agaknya ada open mic tak malam ni?,“ ujarku pura-pura tidak tahu apa yang berlaku.
 
 
 

 

“Open mic?? Benda alah apa tu? Wah aku suka lagu ni!!..not bad juga kan suara mamat yang nyanyi lagu tu,“ ujar Salena dengan wajah excited turut terhibur dengan lagu yang di dendangkan. Lagu Firman bertajuk ‘Kehilangan‘.
 
 
 

 

Hmm betul kata Salena suara lelaki yang mendendangkan lagu ‘kehilangan‘ itu not bad. Tapi aku tidak berminat ingin tahu siapa yang mendendangkan lagu itu kerana aku lebih fokus ingin tahu siapa Erhan? Buah hatiku itu. Secara tidak langsung aku sudah menjadi stalker Erhan. Apa nak buat. Aku tidak dapat sabar menunggu pertemuan aku dengan Erhan lagi.
 
 
 

 

 Aku memilih meja yang tidak berapa jauh dari tempat mereka membuat persembahan. Aku tidak mengambil perhatian kepada mamat yang membuat persembahan kerana aku sibuk memerhatikan lelaki-lelaki yang berada di restaurant berharap salah seorang dari mereka memiliki kriteria seperti Erhan. Hati aku benar-benar yakin bahawa Erhan ada malam ini. Tapi bagaimana aku hendak tahu bahawa salah seorang daripada mereka itu Erhan??
 
 
 

 

“Marsha!,“ ujar Salena lalu mencuit tangan Marsha.
 
 
 

 

“Apa?? Kau order dululah ok..,“ ujarku tanpa menoleh ke arah Salena kerana sibuk mencari Erhan. Aku perhatikan wajah lelaki yang berada di situ satu persatu. Hai susah betul nak tahu mana satu Erhan. Semua yang ada di situ nampak macam muda belia. Janganlah Erhan awal 20an. Lemah lutut aku jika Erhan muda belia begitu.
 
 
 

 

“Hei kau cari siapa??? Aku nak kau tengok lelaki yang perform tu,“ ujar Salena lalu menepuk lengan Marsha berkali-kali bila Marsha tidak melihat ke arah lelaki yang tengah mendendangkan lagu Firman malah dia kelihatan sibuk mencari seseorang. Siapa yang dicari dia tidak pasti pula.
 
 
 

 

“Apa Ena kacau ajelah kau ni!,“ ujarku dengan wajah kurang senang lalu memandang ke arah tempat lelaki yang masih mendendangkan lagu Firman.
 
 
 

 

Gulp! Aku menelan air liur sebaik sahaja terpandang akan wajah lelaki itu.
 
 
 

 

“Is that Eddy!,“ ujarku terperanjat sebaik sahaja menyedari lelaki yang duduk di bangku sedang mendendangkan lagu Firman sambil memetik guitar itu Eddy. Biar betul lelaki itu Eddy! Untuk mensahihkan bahawa lelaki kacak yang sedang menyanyi itu Eddy. Aku melirik ke arah wanita dan anak kecil yang duduk tidak jauh dari tempat kami. Wanita cantik dan anak kecil yang ku lihat tempoh hari. Iaitu isteri dan anak Eddy. Jadi sah lelaki yang menyanyi itu tidak lain dan tidak bukan adalah Eddy.
 
 
 

 

“Eddy kan!!?? How can he be so talented, kau sengaja kan datang restaurant ni sebab nak tengok Eddy perform,“ usik Salena baru mengerti mengapa Marsha beria-ia mahu kesini. Rupanya hendak melihat Eddy menyanyi. Jadi benarlah Marsha suka berkawan dengan Eddy.
 
 
 

 

“Eh tak lah?? Mana aku tahu dia perfom kat sini..aku cari orang lain lah,“ ujarku menafikan kenyataan Salena kerana aku sememangnya tidak tahu menahu langsung yang Eddy akan berada di sini. Lain orang yang aku cari lain orang pula yang aku jumpa. Haizz!
 
 

 

“Cari orang lain?? Kau cari siapa??,“ tanya Salena lalu mengerutkan dahinya hairan bila Marsha mengatakan dia mencari orang lain. Siapa yang di cari Marsha? Azlee? Bukan ke hubungan Marsha dengan Azlee sudah tidak rapat seperti dahulu. Dan dia selama ini tidak tahu bahawa Azlee pandai menyanyi?
 
 
 
 

Aku mengeluh kecil bila terlepas kata tadi.
 
 
 

 

“Err..aku cari Erhan...,“ jawabku antara dengar dengan tidak.
 
 
 

 

“Cari Erhan!! Mana kau tahu Erhan ada sini malam ni??,“
 
 
 

 

“Sebab dia kata dia selalu datang malam yang ada open mic..,“ jawabku serba salah. Khuatir Salena akan marah pada aku. Ah lantaklah aku dah tak tahan sabar lagi. Aku mahu tahu siapa Erhan.
 
 

 

“Erhan ada sini??,“ soal Salena perlahan lalu memandang ke arah sekumpulan lelaki yang menunggu giliran mereka untuk bernyanyi kerana dia tahu Marsha ingin sekali bertemu dengan Erhan. Dia tahu Marsha tidak sanggup lagi berhubungan melalui surat sahaja. Dia mahu tahu siapa Erhan. Dia tidak mengerti mengapa mereka masih belum membuat pertemuan lagi setelah pertemuan mereka yang pertama itu dahulu gagal. Apa yang Erhan tunggu lagi? Dia kasihan melihat temannya Marsha. Mengharap cinta dan kasih dari yang tak pasti.
 
 
 

 

“Oh hello! Didn’t know you too hang out around here too!,“ teguran seseorang membuatkan kami berdua tersentak terperanjat kerana kami sibuk memerhatikan satu persatu lelaki yang berada di situ dan sibuk meneka yang mana satu Erhan di antara mereka.
 
 
 

 

“Eddy!!..didn’t know that you are so talented!,“ jawab Salena lalu membuahkan senyuman kepada jejaka kacak yang menegur mereka tadi. Eddy seorang lelaki all rounder. But too bad he’s taken. Dia tidak menyangka Eddy perasan bahawa mereka berada di sini.
 
 
 

 

“Ah! biasa sahaja..suka-suka,“ jawab Eddy lalu tersenyum. Matanya melirik ke arah Marsha yang tidak ghairah seperti temannya Salena. Marsha hanya senyum sekadar berbahasa bila dia menegurnya tadi. Seolah-olah dia tidak mengambil perhatian apa yang di bualkan tadi kerana fikirannya hanyut entah ke mana. Apa yang berada di fikiran Marsha? Erhan?
 
 
 

 

Hatiku menjadi sedih dan sayu tiba-tiba bila mendapati kedatangan aku ke mari hanya sia-sia belaka. Aku dapat merasakan bahawa Erhan tidak berada disini malam ini. Kalau benar Erhan ada aku sudah dapat mengenal pasti Erhan. We are like soulmate! Mungkin Allah belum hendak menemukan aku dengan Erhan. Kenapa susah sangat untuk aku bertemu dengan jejaka itu?
 
 
 

 

“Marsha..are you ok??,“ tegur Eddy lalu duduk dia bangku kosong di hadapan kami.
 
 
 

 

“I’m ok..eh you datang seorang sahaja ke?? Mana your wife and your son??,“ ujarku cuba tersenyum, menyembunyikan perasaan sebak di hatiku. Aku tidak sangka Eddy perasan akan perubahan di wajahku bila merasa kecewa.
 
 
 

 

“Itu mereka di sana??? Anyway I sekejap sahaja..after my second song we are going for dinner,“ jawab Eddy lalu tersenyum. Dia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.
 
 
 

 

“Oh ok,“ jawabku perlahan tidak merasa begitu teruja bila bertemu dengan Eddy di sini. Selalunya aku tidak sabar bila memikirkan bahawa aku akan bertemu dengan jejaka itu. Apakan tidak kami selalu berkongsi meja setiap kali aku di R&R. Selalunya, we don’t talk much, just be each other company. Kami menghabiskan masa dengan membaca buku di Bistro R&R. Eddy dan aku, kami berkongsi minat yang sama. Iaitu suka membaca. Dan Eddy is a good listener. Dia yang banyak mendengar keluhan hati aku mengenai Erhan. Dan hari ini aku tidak punya mood untuk berbicara dengannya kerana aku benar-benar rindu ingin bertemu dengan Erhan. Aku mahu Erhan yang menemani aku di R&R dan mendengar keluhan hati aku. Bukan Eddy. Aku tidak mahu perasaan aku akan menjadi lebih rumit jika Eddy terus-terusan menjadi teman membacaku. Aku sudah mula rasa perasaan aneh setiap kali bersama dengan Eddy. Aku khuatir aku akan jatuh cinta pada Eddy.
 
 
 

 

“You are looking for someone?? I tengok you gelisah sahaja sedari tadi?, cari siapa? Erhan?,“ tanya Eddy bila dilihatnya Marsha tidak seceria selalu dan tidak punya mood.
 
 
 

 

Aku tidak menjawab soalan Eddy malah merasa hairan bila jejaka itu masih lagi berada di meja kami sedangkan isteri dan anaknya berada di meja jauh dari tempat kami. Dan wanita itu sedang memandang ke arah mereka tika dan saat ini. Oh oh! Aku tidak mahu mencari masalah dengan isteri Eddy.
 
 
 

 

“Eddy your missus cari you,“ jawabku sambil mencapai gelas berisi warm water lalu meneguk perlahan. Tidak merasa senang kerana wanita itu masih memandang ke arah meja kami.
 
 
 

 

“She’s know I’m here..,“ jawab Eddy dengan wajah selamba seolah-olah dia tidak merasa khuatir.
 
 
 

 

“Oh ok,“ jawabku acuh tak acuh. Cuba untuk tidak merasa pelik bila Eddy memberi jawapan selamba sedemikian. Kalau aku di tempat isterinya. Aku cemburu melihat suamiku berbicara dengan wanita lain, lebih-lebih lagi jika suamiku itu seperti Eddy jangan harap aku akan benarkan dia berbuat demikian. Wanita zaman sekarang bukan boleh di percayai. Suami orang tak suami orang. Kalau dah suka mereka akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.
 
 
 

 

“Oh come on Marsha! Kau boleh jumpa Erhan lain hari..apa kata balik ni kau tulis surat dengan dia..cakap nak jumpa..kalau dia tak nak juga, then forget about him already, he’s not worth it,“ pujuk Salena. Dia tahu Marsha tidak ada mood sebab itu dia melayan Eddy acuh tak acuh sahaja.
 
 
 

 

“Easy for you to say..kau tak rasa apa yang aku rasa,“ jawab ku lalu memandang ke arah tempat orang bernyanyi.
 
 
 

 

Salena hanya mengeluh kecil bila Marsha berkata demikian bukan kerana dia merasa kecil hati tapi kerana dia tidak mahu Marsha terus-terusan mengharap Erhan.
 
 
 

 

“You really love him do you??,“ ujar Eddy lalu memandang wajah Marsha.
 
 
 

 

Sekali lagi aku biarkan soalan Eddy tergantung tanpa jawapan kerana aku malu hendak mengaku dihadapannya bahawa aku benar-benar cintakan Erhan. Eddy pasti menyangka aku seorang wanita yang tidak siuman, bercinta dengan lelaki yang tidak pernah aku temui atau kenali. Perasaan ini datang sendiri tanpa aku sedari.
 
 
 

 

“I’m sure he loves you too Marsha..,“ ujar Eddy perlahan cuba memujuk hati Marsha. Dia merasa kasihan melihat Marsha. Dia tidak suka melihat wanita itu bersedih. Ketika marah padanya dia suka kerana Marsha kelihatan comel sekali.





 

Salena berdehem kecil. Membuatkan Eddy dan Marsha kembali ke alam nyata. Eddy melirik ke arah jam di pergelangan tangannya.
 
 
 

 

“Looks like my turn to sing again..sit back and enjoy..oh I hope both of you enjoy this song...so please don’t be sad, put a smile on your face..who know’s Erhan might be here without you even realising it,“ jawab Eddy membuahkan senyuman kepada mereka berdua sebelum menuju ke arah pentas.
 
 
 

 

I hope so! Bisik ku dalam hati. Aku mengambil saranan Eddy dan menumpukkan perhatian ke arah tempat Eddy bernyanyi. Lagu pilihan Eddy kali ini ‘Terima Kasih Cinta‘ dari Afgan.
 
 
 
 
 
 
 
bersambung...