Monday 1 December 2014

Yellow Submarines




 
 

Assalamualaikum…

Jumaat lalu aku join Wati and gang lunch jauh sikit dari tempat biasa. Haha..diaorang kata nak makan di Yellow Submarine..Wah!! Aku terus dengan tak malunya cakap nak join sama haha..Masa temankan ngah pergi MUIS sebulan yang lalu aku stop kat Toa Payoh Station sebab MUIS dari Toa Payoh kalau naik taxi dekat sikit. Dapat tahu Yellow Submarine ada kat Toa Payoh jugak..tu yang kononnya nak gi sana sebab tak pergi try makan kat Yellow Submarine. Tapi hajat tidak tercapai sebab tak tahu mana Cafenya terletak..jadi bila Wati kata dia nak makan kat Yellow Submarine aku pun tanyalah kat mana ada YS lagi selain dari Toa Payoh. Dia kata ada kat Bugis. Hah! Tak tahu pun. Wah ni dah kira cantik. Bugis ngan opis aku tak jauh dua station away je.

Aku dapat tahu tentang Yellow Submarine pun bila ada teman post makan kat FB depa cakap Yellow Submarine ala-ala Subway dan ianya ‘halal’. Wah best-best! Aku memang suka sangat makan sandwich. Kat Singapore Subway tak halal jadi bila teringin nak makan Subway terpaksalah ke JB dan outlet paling dekat kat City Square.

Jom kita tengok menu kat YS.
 

 
 
 
Menurut Yati dia suka Philly sandwich dan menurut budak yang menjaga kaunter YS pun dia recommend Philly sandwich. So aku pun order lah set meal YS. Iaitu Beef Philly sandwich yang datang bersama cheese fries dengan soft drink. Kena dalam harga S$10++ sebab aku pilih air minute maid orange.
 
 
 




 
Burp! Alhamdullilah..akhirnya dapat juga merasa YS. So tiba masanya untuk beri review. Haha. Size YS sandwich tidak sebesar Subway. Dan YS tak ada choice of bread seperti di SW. Yang membezakan di antara SW dan YS. Subway kita boleh pilih sayur-sayur dan sos untuk sandwich kita. YS tak! Pada aku YS sandwich rasanya ok-ok sahaja. Yang aku suka adalah cheese friesnya.