Thursday 27 February 2014

Qada dan Qadar - Part 12


                               Aku duduk terperap di dalam bilik sejak sarapan pagi tadi. Kononnya nak sambung tidur sebab semalam aku tidak dapat tidur dengan lena. Mata tidak mahu tidur. Ustazah Mariam selepas sarapan sudah ke kebun sayurnya bersama Ustaz Ahmad. Amirul pula ke Bandar ingin menguruskan sesuatu makanala Anis sibuk menyediakan hidangan tengahari. Aku pula biasalah. Aku di lahirkan dan dibesarkan di UK lagipun aku sering dimanjakan oleh pembantu rumah. Jadi aku tidak biasa membuat kerja rumah. So jangan salahkan aku kalau aku tak tolong Anis. Bukan tak hendak membantu cuma tak biasa. Rumah Anis tak ada microwave dengan instant food. Semuanya hendak di sediakan. So aku tak biasa. Ni sekarang aku tengah memikirkan bagaimana hendak mandi kerana rumah Anis tidak ada water heater. Boleh ke aku hidup di kampung. Oleh kerana semua pakaian aku tidak sesuai dengan cara hidup berkampung aku terpaksa meminjam baju Anis yang semuanya terdiri dari baju kurung besar atau “Pesak”. Rimas juga pasal aku hampir tersandung bila tiap kali mendaki tangga dari dapurnya untuk ke ruang tamu. Suasana kampung terlalu serene tak hinggar binggar seperti di kota. Aku tak boleh hidup tanpa ipad, mp3 player. Ini baru hari kedua aku berada di kampung aku sudah mula rengsa inikan pula untuk tinggal selama sebulan. Aku merebahkan diri di atas katil sambil memandang kearah syiling. Kedua belah telingaku ku sumbat dengan ipod nano. Sabar Dania. Sabar, buat perkara yang baik banyak dugaannya. Aku cuba memujuk hatiku untuk bertahan selama sebulan.  Tapi kalau keadaannya begini hari-hari aku tidak tahu samada aku dapat bertahan. Silap hari bulan bila keretaku sudah siap aku akan balik ke Kuala Lumpur. Kereta? Aku bangun bila tiba-tiba teringat akan plan aku. Oh yes. Aku bingkas bangun dari katil lalu mencapai telefon bimbitku. Aku mencari number telefon Ariel. Macamana aku ada number telefon Ariel sedangkan dia tidak pernah memberinya kepadaku. Hmm aku dapat number telefonnya pun dari salah satu kenalan Ariel yang pernah ku ajak keluar bukan kerana mahu berkenalan dengannya tapi kerana aku mahukan number telefon Ariel darinya. Aku mendial number tersebut berharap number yang diberikan masih berfungsi.
 

                              “Hello,” jawab seorang lelaki di hujung talian. Macho voice. I like!. Aku tersenyum sendiri sudah terbayangkan wajah kacak Ariel. Silly me!.
 

                              “Hello Ariel, is that you?,” ujarku dengan suara cemas.
 

                              “Yes I am, who is on the line,” jawabnya.
 

                              “It’s me Dania, the lady yang you hantar kat Mersing, can you please help me, my car still in the workshop I tak tahan lah nak balik,” ujarku masih lagi dalam suara cemas agar Ariel percaya bahawa aku benar-benar perlukan pertolongannya.
 

                              “How do you get my number??,” soal Ariel dengan nada serius.
 

                              Fish. Banyak-banyak soalan dia tanya mana aku dapat number telefonnya. Think Dania. Think cepat kalau tak Ariel akan matikan telefon.
 

                              “Erm from my friend Tiara, tolong I please, I can’t stand it anymore,” rengekku.
 

                              “Nope, it’s your problem not mine, go and ask for help from someone else,” jawab Ariel. Dia tidak akan membantu wanita muda yang itu lagi. Kalau tidak kerana wanita itu dia tidak kembali ke kampung dan dia tidak akan bertemu dengan Anis. Dia tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu tatkala terpandang akan rumahnya. Terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuataan buruk padahnya.
 

                              What an arse!!. Cemuhku dalam hati.
 

                              “Fine, you don’t want to help, I beritahu your parents yang I kenal you and I tell them what you have been doing for the past 7 years,” ujarku sudah ketandusan idea untuk Ariel membantuku.
 

                              “Don’t you dare!,” jawab Ariel tegas.
 

                              Aku tersenyum bila Ariel berkata demikian. Bermakna aku sudah berjaya membuatkan lelaki itu focus. Senang aje hendak buatkan bad boy react. That should be the way. Bad boy kalau you merengek macam budak kecil diaorang tak layan. Challenged them. That would bruise their ego.
 

                              “Why do I care about your feelings, we are strangers,” ujarku sengaja hendak menyakitkan hati Ariel. Aku pasti Ariel akan tercabar bila aku berkata demikian.
 

                              “Don’t you threaten me, you don’t know what I am capable of,”
 

                              “Oooo..scary, help me and I shall keep your secret,” ujarku lalu mematikan talian telefon. Yes. Semoga plan aku berjaya. Aku mencampak handphone ku di atas katil lalu menuju kea rah dapur dengan hati riang. Hooray sekiranya plan aku berjaya. Aku punya teman untuk bergaduh selama aku berada di sini kerana aku percaya Ariel akan membenciku di atas perbuataanku.
 
 
bersambung....
 
 
 

Qada dan Qadar - Part 11


Aku mengosok mataku perlahan cuba menahan mengantuk ketika Ustaz Ahmad memberi kuliah subuh. Kuliah subuh hari ini mengenai “Sebab-sebab solat tidak khusyuk dan hati menjadi keras”.
 

"Solat adalah tiang agama. Di dalamnya terangkum segala nilai iman dan Islam. Mendirikan solat sama dengan mendirikan ugama manakala tidak solat sama dengan meruntuhkan ugama. Antara matlamat utama bersolat adalah untuk ingat kepada Allah namanya khusyuk. Khusyuk sangat membantu untuk melahirkan roh “ingat” dan inilah yang membuatkan solat akan mencegah fahsya’ dan mungkar di luar solat iaitu dalam kehidupan harian. Masalahnya solat tak khusyuk. Perbincangan kali ini kenapa solat tidak khusyuk? Perbincangan kali ini ialah mengenai sebab dan penghalang kenapa solat tidak khusyuk.

 
Antara sebab solat tidak khusyuk:

PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat. buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa buat dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang  ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam  boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut talifon berjam-jam penuh sungguh-sungguh tapi solat sekejap macam pikul bebanan. Jika tahap keinginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah”. Nak tingkatkan keghairahan untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al quran,ingat mati selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat. 

 
Sebab KEDUA tak dapat khusyuk solat ialah makan makanan yang haram. Memakan yang haram bererti menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan melahirkan tenaga dan gerak. Kalau memakan yang haram Ia akan menggerak dan mendorong perbuatan yang jahat dan maksiat akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti liat untuk beribadat. Solat untuk mendekat dengan Allah benda maksiat kesanyan menjauhi Allah. Orang yang jauh dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat.kalau dah tak layan Allah akibatnya kene boolayanlah dari Allah.

 
Sebab KETIGA ialah keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat. bila rukuk dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihormati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihormati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram, tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa. 

 
Sebab yang KEEMPAT ialah ”lagha” banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah, perkataan pula lucah dan cabul serta kotor, gurau senda yang melampau, umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat bila maksiat penuh di hati zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah lalai solat tak tak punya ”roh” lagi."



                              Anis menyinggul lenganku bila aku tidak bersuara sedari tadi. Diam sahaja tidak banyak bertanya seperti semalam.



                              “Dengar tak apa yang Ustaz sampaikan,” bisik Anis bila dilihat Dania tidak bersuara sedari tadi.


                              “Dengar tapi tak faham, boleh tak Ustaz Ahmad translatekan kepada bahasa English, senang nak faham, Ustaz guna bahasa melayu chimp lah,” jawabku memberi alasan. Yang sebenarnya mataku masih mengantuk pasal semalam aku tidak dapat tidur lena. Aku tidak tahu kenapa aku asyik memikirkan Ariel. Sebelum ini walaupun aku mahu mengenali dengannya tidaklah sampai tak dapat tidur lena macam semalam.
 

                              “Kenapa tak dapat tidur lena ke semalam,”
 

                              “Ah rindukan Ariel,” jawabku sambil tersenyum nakal.
 

                              Anis membesarkan matanya bila aku berkata demikian. Bukan kerana dia cemburu. Tapi dia khuatir Ustazah Mariam terdengar akan perbualan mereka. Dia tidak menceritakan kepada sesiapa mengenai kepulangan Ariel semalam selain dari suaminya. Mereka mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mak dan abah mereka kerana tidak mahu menghampakan harapan mereka.
 

                              “Sorry,” bisikku perlahan seraya menjeling kearah Ustazah Mariam yang sedang khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan suaminya. Wajah tenang Ustazah Mariam ku pandang dengan rasa belas kasihan. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Ungkapan itu sering terngiang-ngiang di cuping telingaku. Aku tiba-tiba bersemangat untuk membantu Ustazah Mariam untuk mengembalikan anaknya. Bagaimana caranya aku tidak tahu. Niat ku ikhlas hendak membantu. Menurut Anis, jika kita niat baik hendak membantu insyallah allah akan membantu.
 
 
                              Ada apa-apa soalan yang Dania hendak tanya atau tidak faham akan maksudnya?,” soal Ustazah Mariam tiba-tiba cukup membuatkan aku tersentak mataku menjadi segar serta merta.
 

                              “Er, apa makna khusyuk ustazah?,” soalku spontan kerana perkataan itu yang dapat ku tangkap dan aku tidak berapa faham akan maksudnya semasa Ustaz Ahmad memberi kuliah.
 

                              Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika nabi ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.” Berkata Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.” Sahabat Ali bin Abi Talib berkata, “(Khusyuk) tempatnya ialah di hati.” Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.” Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” Kesemua pendapat ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
 

Justeru khusyuk di dalam solat adalah penting. Namun khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif. Di akhir zaman khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia digantikan dengan kealpaan dan kelalaian. Mengikut Imam Al-Hakim, sahabat Ubadah bin Samit berkata, “Tidak berapa lama lagi akan sampai satu zaman apabila kamu memasuki masjid kamu tidak akan menemui lagi lelaki yang khusyuk.” Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan, sahabat Huzaifah bin Yaman berkata, “Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.” terang Ustazah Mariam panjang lebar.
 

                              Aku hanya mampu terlopong bila Ustazah Mariam memberi aku akan erti makna “Khusyuk” tadi. Yelah aku ingatkan soalan simple di jawab dengan simple. Aku masih lagi tidak dapat menangkap akan maknanya. Ustazah Mariam memandang kearah Anis yang berada di sisiku. Mereka berpandangan antara satu dengan lain.
 

                              “Makna “khusyuk” devout, devoted, engrossed,” ujar Ustazah Mariam bila penerangannya secara terperinci tidak dapat membantu anak muridnya untuk memahami maksudnya. Nasib baiklah dahulu dia mempelajari bahasa english dan mempunyai sijil bahasa english, dia tidak sangka ianya tidak sia-sia dan berguna untuk pelajar seperti Dania yang biasa mengunakan bahasa english dalam bahasa sehariannya.
 

                              “Oh I see, macamana hendak dapatkan solat yang khusyuk, kalau start solat aje dah fikir wah bestnya lauk Anis masak untuk tengahari ni, itulah inilah, banyak sangat distraction,” ujarku seraya tersengih. Kau orang mesti ingat soalan aku mengakal kan. Tapi itu yang terjadi kepada diri aku bila start solat.
 

                              “Untuk membantu kekhusyukan hati, beberapa pengaruh luaran perlu dikawal dan dijaga. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.” Demikian jugalah kiasannya dengan membuang air besar dan kecil dan yang seumpamanya, kalau dah sakit perut mesti kita cari tandas kan tak kan Dania nak tahan sampai dah habis solat, tak khusyuk solatnya kerana menahan sakit perut,” terang Ustazah Mariam lagi dia cuba memendekkan penerangan agar Dania faham.
 

                              “Ok in another words, kita kena set our mind to give full attention and concentration when perform solat,” ujarku lalu menganggukkan kepala baru mengerti akan maksud “Khusyuk”.
 

                              “Lebih kurang macam tulah,” jawab Anis pula mengiyakan kefahaman Dania. Dia tahu Dania tidak akan faham jika diberi keterangan yang terlalu detail. Kesian juga dia melihat ibu mertuanya cuba mencari jawapan yang mudah untuk di fahami Dania.
 
 
bersambung...
 
 
 

Qada dan Qadar - Part 10


                              Aku mengeliat ke kiri ke kanan. Lenguh seluruh anggotaku. Baru satu hari duduk kampung dah sakit otot macamlah aku angkat berat tadi. Hanya turun naik tangga aje dah lenguh kaki. Solat isyak – check. Aku tersenyum sendiri. Seronok dapat solat berjemaah. Kenapa sebelum ini hati aku tidak pernah mahu untuk mendirikan solat atau belajar agama tetiba sebulan yang lepas aku teringin untuk berubah. Lepas isyak tadi Ustazah Mariam ada juga aku bertanya dengan Ustazah Mariam. Knowing me. Full of questions. So segala persoalan ku ajukan padanya Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Mengenai bab fardu ain kerana Ustazah kata aku kena faham tentang fardu ain sebelum dia mengajarku tentang perkara yang lain. Ustazah Mariam menerangkan kepada aku mengenai Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa, contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya. Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim. Semua aku tanya. Nasib baiklah Ustazah Mariam tu penyabar orangnya apa taknya soalan aku tu kadang-kadang mengakal. Dan apa yang membuatkan aku merasa senang belajar dengan Ustazah Mariam kerana cara dia mengajarku tidak membosankan dan mudah di fahami.
 

                              “Anis, thanks for agreeing to sleep with me tonight,” ujarku bila Anis masuk ke dalam bilik bersama sebiji bantal. Bukan apa aku ni penakut sikit. Dengan hantu kota aku tak takut.
 

                              “Tak apa, lagipun abang Mirul izinkan Anis temankan Dania,” jawab Anis sambil mengikat rambut ikalnya yang panjang separas bahu.
 

                              “Baiknya hubby you, beruntung you dapat hubby baik, handsome dan alim macam Amirul tu,” usikku seraya tersengih. Aku dan Anis tak jauh beza, kepala kami gila-gila hanya depan mak mertua dan bapa mertuanya sahaja dia tidak buat perangai gila.
 

                              “Alhamdullilah, kalau Dania hendakkan calon suami yang macam itu kat kampung ni pun ada, hanya yang terhandsome Anis dah cop dulu,” gurau Anis lalu menepuk bantalnya.
 

“Yelah hubby dia yang terhandsome, nasib baiklah Ustazah Mariam tak ada anak lelaki lagi, kalau tak I dah tackle,” ujarku seraya berbaring di atas katil.
 

“Abang Amirul mempunyai seorang abang,” jawab Anis ringkas seraya merenung ke arah syiling.
 

Aku menoleh kearah Anis bila dia berkata demikian. Berminat. Yes. Kerana aku perlukan lelaki yang bisa membimbingku ke jalan yang benar bukan lelaki yang membawaku ke jalan yang menyesatkan.
 

“Really??, kenapa tak bagi tahu tadi?, how come I tak nampak dia, dia tak tinggal sini ke?,” soalku penuh minat. Lantaklah kalau Anis hendak kata aku perempuan gatal. Dah memang aku ni direct orangnya nak buat macamana. Aku bukan perempuan melayu terakhir yang lemah lembut dan sopan serba serbi. Aku perempuan millennium.
 

“Abang Ariel,” jawab Anis.
 

“Hmm...handsome tak dia?,” jawabku sambil lewa tanpa perasan nama yang di sebut Anis.
 

“Ariel, lelaki yang hantar Dania siang tadi,” ujar Anis bila Dania seolah-olah tidak kenal siapa Ariel.
 

“Ariel that Ariel, what!, you must be kidding me, he’s like Devil and your hubby an Angel, like heaven and hell,” ujarku tidak percaya dengan apa yang aku dengar. That Devil. No wonder dia tahu arah alamat yang hendak aku pergi and no wonder dia kata baju yang aku pakai tidak sesuai rupa-rupanya dia anak Ustaz Ahmad dan Ustazah Mariam. But How? How can it be? Keluarganya semua warak-warak belaka. Kenapa dia tak macam adiknya pious.
 

“Astrafiruallahalazim, Dania kenal dia?,” soal Anis bila tetamunya itu membuat perbandingan begitu terhadap Ariel dan Amirul.
 

“Not really, but I knew a lot about him,” jawabku perlahan. Aku sendiri tidak mengenali Ariel secara peribadi. Memanglah aku berminat untuk mendekati Ariel kerana aku jatuh hati pada Ariel sejak pertama kali aku terpandang akan wajah kacaknya itu di Zouk. But then again. Bukan aku seorang sahaja yang tergila mamat tu malah Sue dan Tiara juga. Hanya Tiara beruntung dapat bersama dan mengenali Ariel.
 

“Abang Ariel sudah berkahwin?,” soal Anis lagi.
 

Aku ketawa bila Anis mengajukan soalan demikian.
 

“Kahwin selalu nikah belum lagi,” jawabku lalu menoleh kea rah Anis.
 

“Astrafiruallahalazim,” Anis mengucap panjang bila Dania berkata demikian. Airmatanya mengalir perlahan tanpa dapat ditahan lagi. Sebak hatinya mendengar perihal Ariel. Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar abangnya itu kembali ke pangkal jalan.
 

“Sorry, that’s Ariel yang I tahu,” jawabku dengan wajah simpati bila melihat Anis menangis lagi. Kenapa Anis terasa bila aku memberitahunya akan perangai Ariel yang sebenar. Kenapa Anis bertanya samada dia sudah berkahwin? Tidakkah mereka tahu? Aku menjadi keliru melihat keadaan Anis yang kelihatan sedih bila tiap kali nama Ariel ku sebut. Apa cerita yang sebenarnya?
 

“Abang Ariel tidak pernah kembali ke kampung sejak 7 tahun yang lalu,” ujar Anis dengan suara tersekat-sekat cuba menahan sebak.
 

“You mean after 7 years ini kali pertama dia balik kampong?,” ujarku tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Now I get the clearer picture mengapa Anis begitu terharu bila tiap kali aku sebut nama Ariel.
 

Anis menganggukkan kepalanya perlahan.
 

“But why?,” soalku ingin tahu.
 

“Abang Ariel tinggalkan rumah bila abah tidak setuju dia mahu menjadi arkitek, abah mahu dia menjadi penganti dirinya, abah mahu dia menjadi guru agama atau pensyarah agama seperti dirinya, abang Ariel harapan abah,” terang Anis cuba mengingatkan kembali peristiwa 7 tahun yang lalu. Ariel mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung untuk meneruskan cita-citanya untuk menjadi arkitek. Dia tahu abahnya tidak akan menerimanya jika dia mengambil keputusan begitu.
 

“Tapi Ustaz Ahmad kan ada Amirul, bukankah Amirul kini pensyarah agama,” soalku tidak puashati. Kenapa mesti Ariel disuruh mengikut jejaknya. Sebagai ayah Ustaz Ahmad sepatutnya berbangga mempunyai anak yang berjaya seperti Ariel dan juga Amirul. Setahu aku Ariel seorang Arkitek muda yang disegani. Kalau tidak tahu yang Ariel berasal dari kampung aku memang tidak percaya apatah lagi dia anak Ustaz. He doesn’t look and act like one.
 

“Ariel anak yang pintar, harapan abah dan juga anak kesayangan abah,” jawab Anis tanpa mengulas panjang.
 

Aku mengerutkan dahi tidak faham. Sebagai orang yang kuat ilmu agamanya. Ustaz Ahmad tidak sepatutnya berat sebelah. Bukankah Amirul anaknya juga. Tidak cukupkah salah seorang anaknya sahaja mengikut jejaknya. Mengapa mesti Ariel yang harus ikut jejaknya. Hairan. Tidakkah Amirul merasa iri hati bila Ariel menjadi pilihan abahnya.
 

“Anis sukakan Ariel?,” soalku tiba-tiba kerana Ariel menjadi pilihan utama dalam keluarga Ustaz Ahmad dan Ustazah Mariam tidak mustahil si mamat tu juga menjadi pujaan ramai gadis di kampung ini.
 

Anis tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri bila di soal sedemikian.
 

“You don’t have to tell me, I knew the answer,” jawabku seraya mengeluh kecil. Kalau aku di tempat Anis. Aku juga akan tertarik pada Ariel. No doubt Amirul juga tidak kurang kacak seperti abangnya. But he’s too goody good shoes. Orang waraklah katakan. Uptight. Hehe. It’s not bad thing cuma like what I said Uptight.
 

Anis masih lagi bermenung memandang ke arah syiling. Aku tahu dia risaukan akan keadaan Ariel. Walapun dia sudah berumahtangga bersama Amirul aku tahu dia masih ambil berat akan diri Ariel.
 

“Do you think Ariel akan balik semula ke sini?,” soalku tiba-tiba memecah kesunyian.
 

“Entahlah Dania, kami berdoa siang dan malam agar allah buka pintu hati abang Ariel untuk kembali ke pangkuan keluarga, insyallah,” ujar Anis.
 

“Do you really know his character Anis?,” soalku ingin tahu. Yelah Anis sudah mengenali Ariel lama. Menurut Anis mereka bertiga kawan sepermainan semasa kecil. Beza usia Anis dengan Ariel 7 tahun. Sewaktu Ariel meninggalkan kampung usianya dalam lingkungan 24 tahun dan ketika itu Anis baru berusia 17 tahun.
 

“Abang Ariel keras hati, dia jarang mengalah dalam satu perkara, sebagai abang, Ariel sepatutnya mengalah dengan adiknya, Ariel tidak, apa yang di mahukan dia pasti akan cuba mendapatkannya, sewaktu kecil abang Ariel nakal, suka buat perkara yang tidak disukai abah dan mak tapi mereka tetap sayangkan Ariel, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak,” ujar Anis panjang lebar.
 

“Nakal, really nakal yang macamana?,” soalku berminat ingin tahu akan lelaki pujaan hati aku.
 

“Merokok dalam usia 13 tahun, ketua budak nakal semasa usianya 16 tahun, mengusik anak dara orang,”
 

Aku menjeling bila Anis berkata demikian. Why am I not surprised. Ok ini bermakna perangai nakalnya memang sudah terserlah sejak kecil lagi. Rebellious juga anak Ustaz ni walaupun masih dalam kategori mild tapi dalam usia 13 tahun sudah pandai merokok dan jadi ketua budak nakal dalam usia 16 tahun not bad.
 

“But why do you like him, seriously kalau I di tempat you I pilih Amirul, he’s nice and gentleman berbanding dengan Ariel bad boy,”
 

“Entahlah Dania, kenapa you sukakan Ariel?,” soal Anis pula.
 

“Well I don’t know, I like bad boy imej and he fits the bill, but don’t worry he will be back, trust me I know his type,” ujarku penuh yakin.
 

“Insyallah,” jawab Anis.
 

“Ya, insyallah,” jawabku lalu tersenyum. Kepalaku sudah penuh sarat dengan idea untuk membuatkan Ariel kembali.
 
 
bersambung...
 
 
 
 

Qada dan Qadar - Part 9


                        Ariel mencampak kunci bilik di atas meja. Dia berjalan menuju kearah verandah lalu menolak pintu seluas-luasnya. Angin laut bertiup menyapu wajahnya. Ariel berdiri mengadap ke laut. Fikirannya menerawang kembali ke zaman kanak-kanaknya. Dia dan Amirul selalu bermain-main di pantai ini. Mereka banyak menghabiskan masa terluang memancing dan berenang ketika remaja. Pantai ini banyak meninggalkan kenangan. Ariel nakal berbanding dengan Amirul. Amirul selalu di bulinya kerana Amirul anak yang baik. Tidak pandai berbohong dan terlalu lurus bendul. Jika dia ingin melakukan perkara yang tidak baik Ariel akan memastikan bahawa Amirul tidak ikut sama kerana adiknya itu akan sampaikan kepada abahnya. Amirul tidak ramai kawan kerana Amirul seorang yang alim berbanding dengan dirinya. Perkara yang tidak betul Amirul akan menegur mereka mengatakan ianya dosa. Jadi Ariel selalu meninggalkan adiknya sekiranya dia mahu ponteng sekolah atau curi-curi menghisap rokok. Pernah suatu ketika Amirul memberitahu abahnya yang Ariel tidak hadir sekolah agama kerana sibuk hendak tengok perlawanan bola. Sungguhpun dia anak kesayangan abah tapi jika dia nakal teruk juga dia dipukul.
 

                              “Abang buat apa tu,” soal Mirul bila dilihatnya abangnya duduk membongkok membelakangkannya. Selalunya waktu begini mereka suka pergi ke arah jeti untuk memancing ikan. Hari ini abangnya tidak membawa sebarang perkakas untuk memancing. Dia sudah dapat sebotol cacing yang dicari pagi tadi dengan Anis.
 

                              “Melukis,” jawab Ariel ringkas. Tangannya ligat melakar sesuatu di atas kertas putih. Sesekali dia memandang kea rah sekumpulan budak perempuan yang sedang riang bermain-main di persisiran pantai.
 

                              “Abang pandai melukis,” jawab Mirul dengan mata bulat kerana dia tidak pernah tahu abang Arielnya minat melukis. Mirul duduk mengadap abangnya.
 

                              “Jangan bagitahu abah, abang suka-suka aje,” jawab Ariel tanpa menoleh kea rah adiknya. Dia tekun melukis gambar seseorang.
 

                              “Macam muka Anis aje, wah pandailah abang lukis, mesti Anis suka,” jawab Mirul tersenyum sendiri. Lukisan Ariel memang cantik. Pandai Ariel melukis. Ariel tidak menjawab dia memberi sentuhan terakhir kepada lukisannya yang sudah hampir siap. Ariel menyerahkan kertas lukisan yang sudah siap dengan potret Anis kepada Mirul.
 

                              “Cantik,” soal Ariel kepada Mirul yang masih lagi kagum akan hasil lukisannya.
 

                              “Masyallah, cantik,” jawab Mirul mengangguk sambil tersenyum.
 

                              “Abang nak jadi artkitek bila dewasa nanti,” jawab Ariel lalu tersenyum.
 

                              “Artkitek, kan abah hendak kita jadi pensyarah agama atau guru agama,” soal Amirul terperanjat bila abangnya berkata demikian. Bukankah itu harapan abah. Abah mahu anaknya berjaya dunia dan juga akhirat. Abah mahu anaknya mengikut jejaknya.
 

                              “Kau diam, kau apa tahu, jangan beritahu abah, kalau abah tahu siap kau nanti,” marah Ariel. Dia berjalan meninggalkan Mirul sendirian. Sempat tangannya merampas lukisannya itu lalu di koyak-koyakkan kepada cebisan kecil lalu membuangnya.
 

                              Ariel meraup wajahnya perlahan. Dia menarik nafas dalam seraya menghembusnya perlahan. Dia cuba mendamaikan hatinya sejak bertemu semula dengan Anis. Tidak dapat di gambarkan betapa gembiranya dapat bertemu dengan Anis setelah hampir 8 tahun tidak bersua. Rindu benar dia dengan kedua ibu bapanya begitu juga Amirul dan Anis. Tapi dia tidak berani untuk pulang ke rumah sejak peristiwa 8 tahun lalu. Dia tidak tahu samada mak dan abahnya dapat menerima dia kembali. 
 
 
bersambung...
 
 
 

Wednesday 26 February 2014

Selamat Pengantin Baru buat Temanku “Z”

Sabtu lepas sedang aku sibuk tengok-tengok FB. Aku terbaca akan ucapan dari seorang teman kepada temanku yang bernama “Z” ‘Selamat Pengantin Baru’. Dan setiap seorang yang mengenali “Z” memberi ucapan tahniah kepadanya tidak terkecuali aku. Aku turut menumpang gembira bila temanku itu dapat mengecapi kebahagian semula. Aku sebagai teman akan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Z” seorang wanita yang tabah. Semasa awal aku mengenalinya. Dia seorang wanita yang suka berlawak dan kelihatan happy-go-lucky. “Z” pandai memasak dan suka memasak untuk keluarga. Dan aku dan keluarga seringkali di jemput hadir ke rumahnya pada hari raya. Nasi ayam madu yang di masak dan di sediakan oleh “Z” sehingga kini menjadi sebutan ibu mertuaku yang kebetulan di jemput hadir ke rumahnya. Malah kami sekeluarga pernah pergi bercuti di Malaysia bersama. Pendek kata kami agak rapat ketika itu kerana kami bekerja di syarikat yang sama. Sungguhpun begitu “Z” banyak berahsia denganku sehinggalah suatu hari dia menceritakan tentang dirinya. Aku tidak menyangka “Z” yang suka berlawak dan kelihatan Happy-go-lucky rupa-rupanya berhadapan dengan pelbagai masalah. Aku sebagai teman hanya mampu bersimpati dan mendengar keluhan “Z” kerana aku tidak dapat membantunya kerana masalahnya itu hanya boleh di selesaikan oleh dirinya sendiri. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Bila “Z” bertanya kepadaku serba sedikit mengenai Syariah (aku pernah bekerja sebagai setiausaha di syarikat guaman mengenai kes syariah dahulu). Aku mengatakan padanya aku hanya boleh memberinya idea mengenai hak wanita. Jika kesnya tidak terlalu rumit dan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya dengan secara baik maka dia boleh ke mahkamah tanpa bantuan peguam.

Dan hidup sebagai ibu tunggal tidak mudah. Segala ujian yang diterima dapat di harunginya dengan tabah. Kali terakhir aku bertemu dengan “Z” dia menceritakan kepadaku mengenai teman baru dalam hidupnya. Aku merasa gembira bila temanku itu kembali ceria seperti waktu aku mula mengenalinya dahulu. Kami jarang bertemu dan jarang berhubungan kerana “Z” tidak lagi bekerja di bawah satu bumbung dan telah berpindah rumah. Kami hanya bertanya khabar melalui sms dan kadang-kala terjumpa di MRT ketika kami di dalam perjalanan ke tempat tugas.

Bila melihat montaj gambar pernikahan “Z” baru-baru ini membuatkan aku tersenyum. “Z” masih kelihatan anggun dan menawan. Kepada “Z” aku ingin mengucapkan “Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah”. Amin.