Thursday 21 November 2013

Sweet Revenge - Part 20


Arash menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Hari ini dia sudah kembali segar dan punya tenaga untuk bergerak. Selama hampir 3 hari dia tidak larat untuk berbuat apa-apa selain dari terlantar di katil. Mujur Alyssa banyak membantunya semasa dia sakit. Dia tahu Alyssa masih marah padanya namun dia tidak menyalahkan Alyssa. Dia tahu Alyssa tidak akan marah jika dia tidak melakukan kesilapan kerana isterinya itu seorang yang penyayang. Dia tidak tahu dan tidak ingat apa yang berlaku di antara mereka berdua sehingga Alyssa benar-benar menjauhkan diri darinya. Apa yang pasti dia tidak sampai ke tahap untuk berpisah dengan isterinya kerana sungguhpun mereka berlainan bilik namun mereka sebumbung ini bermakna mereka masih lagi suami isteri.
 

“Morning sayang,”ucap Arash kepada Alyssa dan Shima berada di meja dapur sedang menunggunya untuk bersarapan bersama.

 

            Shima hanya tersenyum meleret mendengar Arash berkata demikian sudah semestinya di tujukan kepada Alyssa. Wajah Alyssa merona merah menahan malu dan tidak menyangka Arash akan berkata demikian.
 

            “Hai Arash, tujukan untuk your wife aje,” sindir Shima lalu tersenyum.

 

            “Eh apa pula I berat sebelah, kan ke ucapan tu untuk you berdua,”ujar Arash bersahaja lalu menyuap roti yang sudah di sapu jem ke dalam mulutnya. Dia mencapai kopi panas lalu menghirupnya perlahan.
 

            “Tapi you cakap morning sayang, tentu untuk Alyssa seorang saja,” ujar Shima tidak mahu mengalah. Alyssa di sebelah Shima hanya menjeling sahaja. Dia tidak tahu kenapa Shima suka menyakat dia di depan Arash.
 

            “Eh, tak kan I nak ucap, morning sayang-sayang kan ke funny bunyinya,” jawab dengan wajah selamba.

 

            Shima ketawa gelihati dengan lawak spontan Arash. Wajahnya kelihatan bertenaga dan ceria setelah hampir tiga hari terlantar di atas katil. Alyssa yang menjaganya sepanjang dua hari semasa dia sakit. Alyssa menasihati Arash supaya jangan terlalu memaksa dirinya untuk memulihkan ingatan hingga memudaratkan dirinya sendiri. Tak sangka Arash dapat menerima tegurannya.

 

            “So I pun you sayang jugalah,” usik Shima lagi, naik seronok pula dia melayan Arash hilang semua tujuan hendak membalas dendam terhadap Arash.

 

            “Tentulah,”jawab Arash lalu meneguk kopinya lagi.

 

            “I nak ke rumah Dr. Harris, I hantar you berdua ke office, tak kan you berdua tergamak suruh I naik bas, kalau anak dara Datin Hafizah ngurat I, siapa yang susah,”ujar Arash lalu tersenyum.

 

            Aku yang berada di sebelah Arash pura-pura tidak dengar akan komen Arash. Aku ingatkan selama ini Arash tidak perasan bahawa anak gadis Datin Hafizah jiran sebelah mula hendak menarik perhatian Arash, memang aku tidak menafikan Arash sememangnya jejaka kacak dan dia awet muda sungguhpun usianya dalam lingkungan pertengahan 30an dia kelihatan seperti lewat 20an tidak mustahil gadis 20an pun tertarik dengannya.


            “Ala sweetnya boss kita tu eh, Lysa kau betul tak berkenan pada dia, aku rasakan kalau aku tak ada Fahmy dah lama aku tackle Arash, tidak menyangka Arash seorang lelaki yang baik,” ujar Shima lalu mencuci cawan yang digunakannya tadi. Dia berani memberi komen sedemikian bila Arash sudah keluar menuju ke arah ruang tamu.
 

            “Aku tidak ada menaruh perasaan apa-apa pada dia,” jawabku selamba sambil membaca akhbar. Tidak berminat untuk berbincang mengenai Arash ketika dia berada di rumah. Takut di dengari si empunya diri.

 

            “Oh really, habis tu yang kau risau sangat tentang dia masa dia sakit dulu, tak ada perasaan apa-apa, pelik,” ujar Shima. Dia tahu Alyssa ada menaruh perasaan pada Arash tapi dia sengaja menafikannya.
 

            “Sebagai manusia tentu aku kasihan melihat keadaannya,”

 

            “Yelah tu, aku tak terima alasan kau, kalau kau tak sayangkan dia tak mungkin kau menangis malam itu melihat keadaannya, Alyssa, kau boleh bohong aku tapi kau tidak boleh membohongi hati kau, aku tahu kau sayangkan Arash kenapa kau tidak berterus terang padanya sahaja,” hujah Shima lagak seperti seorang pakar cinta.

 

            “Untuk apa, aku pasti Arash tidak akan dapat memaafkanku sekiranya dia mengetahui bahawa selama ini dia hanyalah mangsa permainan dendam kita terhadap dirinya, cuba kau fikir,” jawab ku selama ini aku hanya endah tak endah sahaja dengan usikan Shima mengenai hubungan aku dengan Arash. Kali ini aku berikannya alasan yang kukuh mengapa aku cuba membohongi diriku bahawa aku tidak punya perasaan apa-apa pada Arash agar Shima sedar apa yang kita harapkan tidak semestinya menjadi kenyataan.

 

Shima terdiam mendengar penjelasan dari Alyssa. Memang benar apa yang di katakan oleh Alyssa. Shima sendiri tidak dapat mengagak apa akan terjadi sekiranya semuanya berakhir.
 
 
To be continue...

Sweet Revenge - Part 19


Amanda duduk bersendirian di balcony. Dia memeluk tubuh menahan sejuk. Baju tidur yang dipakainya agak tipis tidak dapat membantu memanaskan badannya. Matanya masih belum dapat di lelapkan lagi. Aaliyah sudah lama tidur di biliknya. Penat Amanda melayan setiap pertanyaan yang diajukan Aaliyah sebaik sahaja dia pulang dari rumah pesakit suaminya. Dia tahu siang tadi Harris ke club dan membawa Aaliyah bersama. Dia tidak tahu menahu bahawa Harris terpaksa membatalkan gamenya kerana merawati salah seorang pesakitnya.

 

            “Mummy, daddy was sick, why don’t you visit him,” ujar Aaliyah matanya bulat memandang wajah ibunya.

 

            “You mean papa, papa was not sick,” jawab Amanda sambil tersenyum. Mungkin Aaliyah tersilap memanggil Harris “daddy” kerana Aaliyah selalu memanggil Harris “papa”.

 

            “No, mummy daddy was so sick,” ujar Aaliyah dengan wajah bersungguh-sungguh.

 

            “You went out with him this morning he was fine,” jawab Amanda tidak mengerti mengapa Aaliyah berkali-kali mengatakan Harris sakit. Harris sakit. Balik dari rumah pesakitnya Harris seperti biasa tiada tanda-tanda dia sakit. Apa maksud Aaliyah dia tidak mengerti.

 

            “No, not papa what I’m meant is daddy,”ujarnya lagi.

 

            “You had a long day today, you must be tired, so close your eyes and sleep well, o.k.,” ujar Amanda lalu mencium pipi Aaliyah. Dia menarik selimut Aaliyah hingga ke parasDia Aaliyah memejamkan matanya.

 

            “Selamat malam, mummy,” ujarnya lalu menutup lampu.

 

            “Selamat malam, sweet dreams,” jawab Amanda lalu menutup pintu bilik Aaliyah.
 

            “You still awake,” tegur Harris bila isterinya masih belum tidur dan berada di balcony.

 

            Amanda tersentak mendengar teguran suaminya. Dia masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu balcony.

 

            “I can’t sleep,”

 

            “That strange, usually by this hour you already in bed, you can’t sleep, what’s bordering you,” soal Harris lalu duduk di atas katil.

 

            “Where have you been this morning with Aaliyah,” soal Amanda lalu menoleh kearah Harris.

 

            “Oh..played golf and I got a call from my patience then rush to his house,” jawab Harris hairan bukankah dia sudah memberitahu Amanda akan kegiatannya siang tadi. Kenapa Amanda bertanya lagi.
 

            “How is he?,” soal Amanda ingin tahu.

 

            “How do you know my patient is a male?,” soal Harris tanpa menjawab soalan Amanda awal tadi. Dia tidak memberitahu isterinya bahawa pesakit yang dirawat siang tadi adalah seorang lelaki. Bagaimana Amanda tahu?
 

            “No Aaliyah has been asking me strange questions,” jawab Amanda.

 

            “What question?,” ujar Harris lalu menutup buku yang di pegangnya sedari tadi. Dia lebih berminat mendengar apa yang dibualkan oleh Aaliyah dan isterinya.

 

            “He kept on telling me that daddy was so sick and I been correcting him that papa is fine,” jawab Amanda lalu menoleh ke arah Harris.
 

            “Amanda, there’s something I want to ask from you, but now is not the right time,” ujar Harris lalu memeluk bahu isterinya rapat dengannya. Selama ini isterinya tidak pernah menceritakan tentang dirinya. Apa yang dia tahu Amanda seorang janda beranak satu. Harris pula tidak pernah mengungkit kisah silam Amanda. 

 

            “But why, why can’t you ask me now,” jawab Amanda memandang tepat ke wajah suaminya.

 

            “Be patience sweet heart,” jawab Harris lalu mencium pipi isterinya.
 
 
 
Tan Sri Farihin duduk di bilik bacaan sambil memejamkan matanya buat seketika. Fikirannya bercelaru, risau. Risau tentang anak tunggalnya yang menghilangkan diri tanpa pesanan. Tadi pagi dia menerima email dari Encik Hasitomo mengatakan Arash tidak hadir ke mesyuarat tempoh hari dan mereka telah menghubungi hotel dimana Arash menginap di Osaka, Jepun. Memang nama Arash ada di dalam senarai pelanggan mereka, tapi sehingga kini dia tidak menginap di hotel tersebut. Tan Sri Farihin pasti Arash kembali ke tabiatnya yang dulu, Arash akan menghilangkan diri jika dia mengalami masalah besar bertujuan untuk mencari ketenangan dan kali terakhir dia menghilangkan diri hingga ke setengah tahun lamanya. Tapi pada masa itu Tan Sri Farihin tahu akan masalah anaknya. Namun dia tidak tahu punca Arash membuatnya lagi kali ini. Tidak ada sebab yang munasabah untuk dia berbuat demikian kerana Arash tidak pernah menunjukan bahawa dia mempunyai masalah. Perangainya anaknya itu berubah sejak dia pulang dari pengajiannya di States dahulu. Arash yang dulunya seorang yang penyayang dan penyabar kini menjadi seorang yang bengis dan naik darah. Tan Sri Farihin tidak menyalahkan anaknya seratus peratus. Jiwa Arash benar-benar tertekan. Dia cuba untuk melupakan masalahnya namun payah untuknya berbuat demikian. Tidak mudah untuk Arash mengatasi perasaan sedihnya. Dia kehilangan kedua-dua orang yang disayanginya. Sejak berpisah dengan isteri dan anaknya. Arash berubah sikap. Jiwanya benar-benar tertekan. Dan menurut Dr. yang merawat Arash di States dahulu Arash mengalami kemurungan dan perlukan rawatan. Lama juga Arash berada di pusat rawatan. Arash tidak lagi Arash yang dahulu. Dia banyak mendiamkan diri dan pemarah. Tidak boleh di tegur dan tidak bertimbang rasa. Semua kerana tekanan yang di alaminya. Arash yang di kenali pemuda yang ceria dan penyayang itu mendirikan rumahtangga dalam usia yang muda. Sungguhpun begitu Arash tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga walaupun dia masih lagi menuntut ketika itu. Arash dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar, suami, ayah dan anak kepada kedua ibu bapanya. Arash masih belajar di University Havard dalam jurusan peguaman di mana dia bertemu dan berkenalan dengan bekas isterinya. Nama islamnya Aida Abdullah seorang gadis berbangsa American Latin. Arash cintakan Aida dan dia menyatakan hasratnya untuk menjadikan Aida sebagai isterinya dan berjanji akan melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana dia berjanji kepada kedua orang tuanya yang dia akan membawa pulang segulung ijazah sarjana muda. Ternyata Arash bersungguh-sungguh dan dia berjaya mendapat ijazah dalam jurusan guaman dalam masa itu juga dia mendapat seorang cahaya mata lelaki ketika beliau berusia 29 tahun. Memang sudah tersurat jodohnya dengan Aida tidak kekal lama Arash terpaksa melepaskan isterinya dan anak yang di sayanginya ketika anaknya itu baru berusia 4 tahun dan mahkamah telah memberi hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas isterinya. Arash tidak menyangka Aida tergamak memisahkan hubungan kasih sayangnya dengan satu-satunya anak perempuan hasil perkongsian hidup mereka. Arash sayangkan Aaliyah. Arash tidak pernah lupa untuk menziarahi Aaliyah bila dia di benarkan untuk melawatnya setiap sabtu mengikut arahan mahkamah. Hari itu seperti biasa Arash tidak pernah lupa untuk menziarahi anaknya pada setiap hari sabtu petang kerana dia di benarkan untuk berjumpa dan membawa anaknya bersiar-siar. Dia mendapati rumah yang mereka tinggal sudah di kosongkan dan telah di jual kepada orang lain. Arash buntu dan tidak tahu di mana hendak mencari mereka kerana Aida tidak pulang ke rumah orang tuanya dan tidak menjawab pangilan telefonnya. Hampir setengah tahun Arash cuba menjejaki mereka namun tidak berhasil. Arash kecewa dan pulang ke Malaysia tinggal bersama orang tuanya. Arash tidak dapat melupakan mereka kerana Arash teramat sayang kepada anak perempuanya. Dia cuba menyelamatkan rumahtangganya dan memaafkan kesalahan yang telah di lakukan oleh Aida walaupun Aida pada masa itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan dia telah menduakan Arash. Puas sudah Tan Sri Farihin dan isterinya memujuk Arash supaya redha dengan kehendak yang maha esa. Setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmatnya. Arash jiwanya lemah dan tidak dapat menangung kesedihannya menyebabkan dia kemurungan. Arash di hantar ke pusat rawatan sehinggalah dia benar-benar pulih dan stabil seperti biasa. Sedikit demi sedikit Arash dapat menerimanya namun dia tidak seperti dahulu, Arash yang dahulu ceria, penyayang dan berfikiran positif telah berubah. Dia tidak lagi peramah dan menjadi pendiam dan cepat naik darah. Arash tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana wanita tidak kiralah wanita itu cantik ataupun kaya, dia tidak lagi percaya dengan kaum hawa, kerana mereka telah menghancurkan hatinya. Kerana itu Arash tidak teragak-agak untuk memarahi pekerja wanitanya sebagaimana dia memarahi pekerja lelakinya. Tiada perbezaan dia tidak memperdulikan perasaan mereka. Tan Sri sudah menasihati Arash supaya jangan terlalu berkeras namun Arash tidak ambil peduli, seolah-olah dia ingin membalas dendam terhadap mereka. Walaupun Arash tidak seperti dahulu namun Tan Sri Farihin bersyukur sekurang-kurangnya Arash sudah dapat melupakan masalahnya dan mulakan hidup baru, Tan Sri yakin Arash akan berubah menjadi Arashnya yang dahulu sekiranya Arash bertemu dengan seseorang yang berjaya mengubat hatinya. Tan Sri sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya dan berharap Arash akan pulih suatu hari nanti.
 
            “Apa yang abang menungkan,”tegur Puan Sri Maimon setelah agak lama dia perhatikan suaminya duduk termenung hingga tidak perasan kehadirannya.
 
            “Arash, kemana dia,” keluh Tan Sri Farihin.
 
            Mendengar nama anak kesayangannya di sebut suaminya Puan Sri Maimon menjadi sebak. Dia sendiri tidak tahu kemana anak tunggalnya itu sekarang. Dia benar-benar rindu pada Arash. Arashlah buah hati pengarang jantungnya. Siang dan malam dia berdoa agar Arash sihat dan tidak di timpa kesusahan dan kembali ke pangkuan keluarga.
 
To be continue...
 

Wednesday 20 November 2013

Sweet Revenge - Part 18


Aku tidak dapat tidur dengan lena semalaman seawal jam 6.00 pagi selepas solat subuh aku menuju ke arah bilik Arash. Arash masih lagi lena tuala kecil masih berada di atas kepalanya. Suhu badannya sudah beransur tidak sepanas semalam. Alhamdullilah. Aku mengangkat tuala kecil yang sudah hampir kering dan mencelupnya di dalam besen berisi air. Tangan kiriku menyelak perlahan anak rambut yang menutup dahi Arash sebelum meletak tuala basah itu kembali. Aku menyediakan bubur nasi dan sup ayam untuk Arash. Aku meletak dulang yang berisi bubur dan sup ayam di meja kecil.

 

            “Hendak kejutkan atau biarkan sahaja,” bisikku. Aku mengambil keputusan untuk tidak mengejutkannya. Baru aku hendak mengorak langkah untuk keluar dari bilik Arash. Jam loceng di sebelah katil Arash berbunyi nyaring. Aku terperanjat bukan kepalang. Aku segera mematikan jam loceng Arash. Aku mengeluh lega sebaik sahaja loceng sudah di matikan. Aku berjalan perlahan menuju ke pintu untuk keluar. Arash tiba-tiba mengeliat kecil mungkin tidurnya terganggu dek bunyi nyaring jam loceng tadi. Dia membuka matanya perlahan

 

            “Selamat pagi, sayang,”ujarnya cuba hendak bangun dari tempat tidur.

 

            Aku berhenti melangkah bila terdengar Arash bersuara. Apa yang membuatkan darahku berderau bila Arash memanggilku ‘sayang’. Ok. Aku menoleh kearah Arash lalu membuahkan senyum. Tidak elok kalau aku keluar tanpa menegurnya terlebih dahulu. Lagipun selama Arash berada di sini dia baik padaku. Tidak pernah marah apatah lagi mengerdikku. Barulah padan dengan orangnya, sesuai berbudi bahasa dan tidak bersikap kurang ajar. Dan di sebabkan perubahan perangainya yang ketara itulah juga aku sudah mula menyayangi jejaka itu.

 

            “Arrgh,” Arash mengerang kesakitan kedua belah tangannya memicit kepalanya. Dia tidak berdaya hendak duduk lalu baring kembali. Aku menjadi panik lalu menuju ke arahnya. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Kalau aku memicit kepala Arash takut ia akan bertambah sakit kerana ini bukan sakit pening biasa. Aku sedia maklum bahawa Arash mengalami kecederaan yang teruk di kepala semasa kemalangan sebulan yang lalu. Masih jelas kelihatan parut di celah-celah rambutnya.

 

            “Ada apa-apa yang boleh Lysa bantu abang,” ujarku cemas kerana Arash seperti menahan sakit yang amat sangat.

 

            “Lysa tolong ambilkan ubat abang dalam pouch kereta,” ujarnya menahan sakit. Aku bergegas menuruni anak tangga untuk mendapatkan ubat yang di maksudkan oleh Arash tadi. Aku mencapai botol berisi capsul yang aku yakin ubat yang di maksudkan oleh Arash dan tanpa menutup pintu kereta kembali aku terus berlari ke dalam rumah. Airmataku mengalir laju tanpa dapat kutahan hatiku benar-benar sebak melihat penderitaan yang Arash tanggung. Aku tidak akan memaafkan diriku sekiranya terjadi apa-apa pada diri Arash.

 

            Arash masih dalam keadaan yang sama, mengerang kesakitan. Aku membuka penutup pil tersebut dan mengeluarkan 4 biji capsul berwarna merah kuning seperti tertulis di label, aku menyuap pil tersebut ke dalam mulut Arash dan membantu Arash meneguk air suam yang sudah tersedia di atas dulang. Nafas Arash turun naik dengan cepat. Badannya di basahi peluh walaupun ketika itu air-cond masih di hidupkan. Arash kelihatan lemah dan tidak bermaya. Dia memejamkan matanya cuba menahan sakit, nafasnya turun naik perlahan. Aku menyeka airmataku perlahan sedih melihat keadaannya. Aku mencapai seluar Arash yang di gunakan semalam lalu menyeluk poket seluarnya. Aku mengeluarkan dompet Arash dan mencari kad doctor yang merawat Arash  selama ini.


            Aku berdiri tidak jauh dari katil Arash. Doktor Harris memeriksa nadi Arash. Arash tidak sedarkan diri sejak Alyssa memberi dia ubat semasa sakit kepalanya menyerang. Doktor Harris terpaksa bergegas ke rumah Arash walaupun dia berada di kelab golf ketika itu. Dia turut membawa anak perempuannya bersama.

 

            “Bagaimana dengan keadaan suami saya tuan doktor,” ujarku Alyssa sebaik sahaja Doktor Harris selesai memeriksa Arash. Arash kelihatan stabil.

 

            Dr. Harris tidak segera menjawab, sebaliknya dia menoleh ke arah anak lelakinya yang sedang leka bermain lego bersama Shima.

 

            “Entah Puan Alyssa, Arash memang degil, dia tidak sepatutnya mengambil ubat itu berlebihan, kesan sampingannya memang kuat dan Arash tidak dapat menahannya, ia akan menderita beberapa ketika selepas makan ubat tersebut,” ujarnya sambil mengeluh.

 

            “Kalau ubat itu membuatkan dia lebih menderita kenapa doktor berikan ubat tersebut kepadanya,” ujarku dengan nada suara yang agak tinggi. Kurang senang dengan penjelasan Dr. Harris mengenai medicine prescription yang di berikan kepada Arash.

 

            Shima yang sedang melayan anak kecil Dr. Harris datang mendekati Alyssa sebaik sahaja dia terdengar Alyssa meninggikan suaranya.

 

            “Ubat itu membantu untuk mencepatkan proses bagi mengembalikan ingatannya, saya sudah menasihati Arash mengikut prescription dan tidak mengambil lebih dari sepatutnya, ia akan membahayakan dirinya tapi Arash berdegil,” terang Dr. Harris. Dia sudah menegah Arash untuk mengurangkan dosage pengambilan ubatnya. Tetapi Arash berdegil. Dia faham Alyssa marahkannya kerana dia risau akan keadaan suaminya.

 

            “Sabarlah Puan Alyssa,” ujar Dr. Harris lalu mendapatkan anaknya yang sedang leka memasang lego tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

 

            “Aaliyah, come and meet papa’s friend,” ujar Dr. Harris.

 

            Aaliyah menoleh ke arah wajah papanya lama. Sambil tersenyum dia menganggukan kepalanya. Dr. Harris memimpin tangan anaknya menuju ke arah katil Arash. Arash masih tidak sedarkan diri. Aaliyah sempat menoleh ke arah ku yang sedang kebingungan. Aku merenung wajah anak lelaki Dr. Harris yang bernama Aaliyah. Serasaku pernah melihat Aaliyah sebelum ini namun aku tidak dapat mengingati di mana aku bertemu dengan Aaliyah. Aaliyah melepaskan tangannya sebaik sahaja berada dekat dengan katil Arash. Dia segera mendapatkan Arash, dia memeluk Arash sambil mencium pipinya. Aku dan Shima hanya mampu tercengang melihat gelagat Aaliyah yang begitu mesra seolah-olah Arash adalah orang yang amat di sayanginya. Aku menoleh ke arah Dr. Harris. Dr Harris tidak merasa terkejut melihat kelakuan Aaliyah yang begitu manja dengan pesakitnya. Dr. Harris sudah dapat mengagak reaksi Aaliyah sebaik sahaja bertemu dengan Arash.

 

            “Daddy, come back to me, I miss you so much,” ujarnya lalu menangis tersedu-sedu. Airmatanya mengalir deras tangannya masih memeluk Arash erat. Shima mencuit bahu Alyssa merasa hairan melihat Aaliyah berkelakuan demikian.

 

            “Come Aaliyah, daddy sick, jangan ganggu daddy, nanti daddy lambat baik,” pujuk Dr. Harris. Aaliyah tidak mahu lepaskan Arash dia masih mendakap Arash.

 

            “Aaliyah don’t want to leave daddy, daddy will leave me again,” ujarnya berkeras tidak mahu mengikut Harris.

 

            “Aaliyah sayang daddy tak?,”soal Dr Harris.

 

            Aaliyah tidak menjawab malah mengangukan kepalanya sambil menyeka airmatanya. Wajahnya kelihatan sugul. Tersentuh hati aku tatkala memandang wajahnya yang kesedihan.

 

            “Sayang papa dan mummy,”soal Dr Harris lagi.



             Aaliyah mengangguk kepalanya lagi.

 

            “Good girl, sekarang daddy tengah sakit, nanti daddy baik, papa janji, daddy tak akan tinggalkan Aaliyah lagi,” pujuk Dr. Harris sambil mengusap rambut Aaliyah yang berwarna keperang-perangan perlahan.

 

            Aaliyah bangun lalu memeluk Harris erat.

 

            “Kita balik ye,” ujar Harris.

 

            “Wait,” ujar Aaliyah lalu berlari ke katil Arash dan mencium pipi Arash lalu berlari mendapatkan Harris.
 
 
To be continue...

Sweet Revenge - Part 17


Hujan turun dengan lebat di luar, kilat sabung menyabung. Aku menjadi gelisah sendiri. Aku menoleh ke arah jam di dinding jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 11.00 malam. Arash masih belum pulang lagi. Kemana perginya dari siang tadi tidak pulang-pulang. Aku keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Tanpa menghidupkan lampu aku duduk sendirian di sofa berteman kan cahaya lampu dari luar. Kalau orang kena sakit jantung mungkin boleh kena heart attack. Yelah duduk diam-diam dalam gelap. Aku memang suka buat macam tu. Shima dan Faries awal-awal lagi dah settle dalam bilik masing-masing. Tak tahulah tidur ataupun berbual dengan mata air. Aku pun sebenarnya sudah masuk bilik lepas habis kerja mengemas di dapur tadi. Tidak terfikir pula kenapa hari ini Arash tidak makan malam bersama kerana aku memang tidak pernah ambil kisah tentang Arash. Ah dia dah besar panjang manusia pandailah dia mencari makan sendiri. Tapi aku menjadi risau kerana Arash tidak pernah pulang lewat sebegini. Buatnya dia tak balik macamana? Aku jadi tidak senang hati takut apa-apa berlaku ke atas diri Arash. Patut ke tidak telefon Arash?. Aku tak pernah call handphonenya bertanya kemana dia pergi. Ah Insha Allah dia ok. Tak ada apa-apa yang harus aku bimbangkan. Ok beri dia masa sehingga jam 11.35 malam kalau dia tak balik juga baru boleh panic. Aku menekan remote. Sementara menunggu apa salahnya aku nonton tv.

 

            Aku tersentak bila kelihatan cahaya dari suluhan lampu kereta menyuluh ke arah rumah. Aku segera ke tingkap untuk memastikan itu adalah Arash. Aku mengeluh lega setelah di amati bahawa kereta itu milik abangku yang di pandu Arash. Lampu dan enjin di matikan. Untuk tidak menunjukkan begitu ketara bahawa aku menunggunya pulang. Aku berpura-pura menonton tv di ruang tamu. Tombol pintu di pulas perlahan Arash membuka kasutnya.

 

            “Lysa belum tidur lagi,” tegurnya perlahan bila menyedari Alyssa masih belum tidur dan sedang menonton tv di ruang tamu.

 

            “Belum ngantuk lagi,” jawabku lalu menoleh ke arah Arash yang masih berada di muka pintu. Aku terkejut melihat keadaan dirinya yang basah kuyup itu. Dia dari mana? Baru balik swimming ke? Tak tahu hendak guna payung dah tahu hujan lebat di luar sana?




            “Where are you from?,” soalku terperanjat bila menyedari Arash kelihatan lemah dan tidak bermaya. Bila-bila masa sahaja dia akan rebah ke bumi. Ah sudah. Aku segera menghampirinya bila dia tertiba jatuh terduduk di lantai. Aku menjadi panic. Arash tidak berkata apa hanya tersandar lemah di dinding. Aku segera bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik dan kembali turun membawa tuala kering. Keadaan Arash masih lemah seperti tadi. Aku membalut badannya dengan tuala agar dia tidak kesejukan. Bibir Arash kelihatan pucat. Suhu badannya panas.

 

            “Arash, you kemana tadi, sampai badan panas macam begini,” ujarku sebak melihat keadaannya yang lemah dan tidak bermaya. Arash tidak menjawab dia hanya memejamkan matanya menahan sakit. Ini membuatkan aku menjadi lebih kalut. Aku membantu Arash bangun dari lantai kami berjalan perlahan menuju ke biliknya. Lampu bilik Arash aku nyalakan lalu membaringkan Arash di atas katil. Tanpa berlengah lagi aku menuju ke bilik air dan mengisi air ke dalam besen kecil dan mencapai sehelai tuala kecil bertujuan untuk membersihkan tubuh Arash dan menyalinkan pakaian. Aku membuka butang baju Arash hingga ke paras dada. Tiba-tiba aku berhenti dari terus membukanya. No. No. this can’t be right. Aku memandang wajah Arash. Lelaki itu sudah tidur kepenatan. Aku keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik Faries. Pintu Faries ku ketuk bertalu-talu.

 

“Kenapa cik Lysa,” ujar Faries bila makciknya berdiri di hadapan pintu dengan wajah cemas.

 

“Tolong uncle Arash,” ujarku tanpa mengulas panjang.

 

“Uncle Arash kenapa?,”

 

“He’s not well, boleh tolong gantikan pakaian dia, please,” ujarku serba salah. Yelah tidak semena-mena Faries terpaksa ku kejutkan untuk membantu aku. Aku tidak punya pilihan lain.

 

“Ok,” jawab Faries mengekori makciknya ke bilik Arash.

 

“Panas badan dia ni cik Lysa,” ujar Faries bila menyedari tubuh badan Uncle Arash panas berbahang. Dia menanggalkan shirt basah dari tubuh Arash lalu menyerahkan kepadaku.

 

“Thanks Ries, kalau belum kurang panasnya, kita hantar dia ke hospital?,” cadangku bimbang akan keselamatan Arash. Aku mengambil shirtnya lalu memasukkan kedalam bakul. Aku keluar dari bilik Arash lalu menuju ke bilik Shima. Hatiku menjadi sebak tiba-tiba. Kasihan melihat keadaan Arash yang terlantar lemah. Kejam ke aku membuatkan dirinya begini? Tanpa ku sedari airmataku mengalir perlahan. Aku mengetuk pintu bilik Shima. Aku pasti Shima sudah lama di buai mimpi tapi aku perlukan seseorang untuk mendengar rintihan hatiku. Sudah lama aku pendamkan dan aku mahu meluahkannya kepada Shima. Shima membuka pintu dia mengosok matanya perlahan.

 

            “Apa Lysa aku tengah syok tidur, kau kacau si Arash belum balik lagi ke,” rungut Shima matanya masih kelat untuk di buka.

 

            Aku tidak menjawab malah memeluk Shima erat. Dia tersentak dan baru menyedari Alyssa sedang menangis.

 

            “Kenapa Lysa,” tanya Shima perlahan. Selama dia berkawan dengan Alyssa tak pernah Alyssa menangis. Inilah kali pertama Alyssa menangis di depannya.

 

            “Shima, maafkan aku kerana tak dapat membantu kau,” ujarku dengan suara tersekat-sekat kerana menahan tangis.

 

            “Apa maksud kau aku tak faham,”ujar Shima perlahan.

 

            “Mengenai Arash,”ujarku ringkas.

 

            “Aku sebenarnya pun tak sampai hati untuk terus menipunya, tapi aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku berterus-terang dengannya,” ujar Shima. Dia turut kesal dengan perkara yang telah di lakukan. Selama Arash berada di sini mereka rasa seperti sebuah keluarga. Arash seorang lelaki warm person tidak seperti Arash yang mereka benci dahulu cold heart. Adakah kerana dia hilang ingatan maka Arash yang dulu tidak wujud atau kerana dia sendiri tidak dapat mencari identitynya yang dahulu. Shima suka dengan perubahan baru pada diri bossnya dan berharap Arash akan kekal dengan sikap sebegini.

 

            “Sudahlah Alyssa, elok kita terangkan perkara yang sebenar pada Tan Sri Farihin, tapi kau tentu maklum risiko yang bakal kita terima nanti,” keluh Shima. Aku tidak menjawab malah menganggukan kepala tanda mengerti akan maksud risiko yang bakal kami hadapi. Kami mungkin kehilangan kerja tapi itu memang masalah yang di cari sendiri tak perlu di kesalkan lagi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang aku kesalkan aku tidak sanggup berhadapan dengan Arash setelah semuanya sudah kembali kepada asal. Arash sudah tentu tidak akan memaafkan aku begitu juga Tan Sri Farihin.

 

            “Aku pasti ada sesuatu yang hendak kau beritahu kepada aku,” soal Shima lalu menepuk bahu Alyssa.

 

            Aku tersentak lalu mengesat sisa airmataku yang masih berbaki. Aku menoleh ke arah Shima dengan penuh tanda tanya.

 

            Shima tersenyum.

 

            “Kau sukakan Arash,” soal Shima ringkas.

 

            Soalan yang tidak pernah aku duga keluar dari mulut Shima. Aku terdiam. Patutkah aku mengakui bahawasanya aku sememangnya sukakan Arash edisi terbaru.

 

            “Lysa come on, kau sayangkan Arash,”soal Shima lagi.

 

            Aku cuba tidak mahu memberitahu Shima apa yang tersimpan di dalam hatiku. Biarlah ianya rahsia, lagipun aku tidak layak menjadi pilihan Arash dan menjadi menantu Tan Sri. Aku yakin Arash pasti sudah ada pilihan hati sendiri. Kerana Arash yang dahulu tidak suka hidupnya di atur. Lagipun masa dia menjadi boss dahulu kami tidak tahu tentang hal peribadinya. Sekiranya Arash pulih ingatan mungkin dia akan kembali kepada tabiat asalnya. Sudah tentu dia akan membenciku kerana menipunya selama ini. Aku lebih rela memendam perasan. Selama ini aku tidak pernah tertarik hati pada Arash, aku benci akan jejaka sombong itu. Bagaimana kacak pun seseorang itu sekiranya perangainya buruk aku tidak akan pandang. Yang menjadi keutamaanku adalah seorang lelaki yang soleh, penyayang dan bertanggungjawab. Arash edisi terkini sudah berjaya menambat hatiku kerana sifat penyayang yang ditunjukkan sepanjang dia di sini.
 
 
To be continue...

Sweet Revenge - Part 16


“Kenapa dengan kau ni Arash, you don’t look well,” tegur Dr. Harris sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Arash. Arash kelihatan termenung panjang sehingga kehadirannya tidak sedari. Apa yang membuatkan dia bermenung begitu.

 

“Entahlah Harris, aku tak tahu bagaimana hendak aku terangkan pada kau,” jawab Arash. Dia mencapai cappuccino di hadapannya lalu meneguk perlahan. Pertemuannya dengan Harris hari ini adalah secara santai kebetulan Harris tidak bertugas dan Harris mahu bertemu dengannya di club. Arash menerima perlawaan Harris kerana dia tidak mempunyai teman untuk dia berkongsi masalahnya.

 

Harris tidak menjawab malah tersenyum. Dia sudah menganggap Arash seperti temannya. Dia bersimpati dengan Arash. Dari hubungan pesakit dan Dr. kini hubungan mereka semakin akrab. Arash sudah menjadi teman rapatnya. Sebagai teman, Harris banyak memberi Arash semangat dan motivasi bahawa lambat laun Arash dapat mengembalikan ingatannya insha allah. Arash perlu banyak bersabar.

 

“Pasal Alyssa,”soal Harris sekadar menduga masalah Arash. Arash pernah mengadu kepadanya bahawa isterinya Alyssa tidak pernah berbaik dengannya. Dan dia tidak tahu apa sebabnya.

 

Arash mengelengkan kepalanya.

 

“Aku selalu di ganggu mimpi, dalam mimpi itu ada beberapa wajah orang yang tidak pernah ku lihat, tapi seakan ada pertalian dalam hidupku,” ujar Arash mengeluh kecil. Dia buntu. Setiap kali dia sedar. Dia cuba mengingati balik akan wajah-wajah yang dilihat dalam mimpinya namun ia kelihatan samar-samar dan dia tidak dapat mengingati siapa mereka.

 

“Susah aku hendak membantu kau, kalau kau tidak dapat mengingati salah seorang dari mereka,” ujar Harris. Dia mengalih pandangan ke arah swimming pool di mana anak perempuannya sedang bermain air di tepi kolam mandi.

 

“Bagaimana dengan budak perempuan yang kau temui di restoren kelmarin,”soal Harris tiba-tiba.

 

Arash tidak menjawab dia khayal melihat budak lelaki kecil yang sedang leka bermain di tepi kolam. Budak perempuan itu berdiri terlalu dekat dengan kolam tersebut sambil bermain air dengan kakinya.

 

“Arash,” tegur Harris setelah menyedari Arash tidak mengambil perhatian dengan pertanyaannya tadi.

 

“Sorry, I was not paying attention, what was you asking just now,” ujar Arash. Setelah menyedari pertanyaan Harris tidak di jawabnya.

 

Mereka berdua tersentak mendengar jeritan budak perempuan kecil itu, dia tergelincir jatuh ke dalam kolam. Arash bergegas ke arah kolam lalu terjun ke dalam kolam mandi mendapatkan budak kecil itu. Dia berenang ke tepi dan menyerahkan budak itu kepada Harris. Harris mendukung budak itu lalu di letakkannya di atas kerusi. Budak kecil itu menangis teresak-esak kerana terperanjat.

 

“Are you o.k. Aaliyah, don’t cry sweetheart daddy is here,” ujar Arash lalu mengusap kepala anak kecil itu.

 

Harris menoleh ke arah Arash dengan wajah hairan namun dia hanya membiarkan sahaja Arash berbuat demikian. Harris menyerahkan tuala yang diberi pekerja Club untuk membaluti badan anak kecil itu dari kesejukkan.

 

“Daddy, I’m scare don’t leave me anymore,” ujar budak kecil itu lalu memeluk Arash erat. Dia menangis lagi.

 

“I won’t leave you, I promise,” balas Arash lalu menepuk bahunya perlahan. Harris membiarkan sahaja Arash memujuk anaknya. Harris turut hairan bagaimana Arash tahu nama anaknya sedangkan ini adalah kali pertama dia membawa anaknya bertemu dengan Arash. Dan semasa dia sampai tadi dia belum memperkenalkan Aaliyah kepada Arash kerana Aaliyah mahu bermain-main di tepi kolam tadi. Dan semasa Aaliyah tergelincir ke dalam kolam. Harris turut bergegas untuk menyelamatkan Aaliyah. Namun Arash terlebih dahulu terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan anaknya. Dan kenapa Aaliyah memanggil Arash daddy?

 

“Thanks for saving my daughter,”ujar Harris lalu menyerahkan tuala kering kepada Arash yang basah kuyup.

 

“Your daughter,” ujar Arash terperanjat. Apa yang dia tahu Harris baru mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita berbangsa eropah setahun yang lalu. Bagaimana pula dia mempunyai anak perempuan berusia 6 tahun.

 

“My step daughter,” Harris membetulkan ayatnya. Arash menganggukan kepalanya tanda mengerti. Arash menuju kearah wash room untuk menganti pakaian sementara Harris dan Aaliyah menunggunya di coffee house.


 “Can I ask you something,” ujar Harris sebaik sahaja Arash kembali semula di coffee house di mana dia dan Aaliyah menunggu.

 

“Sure,” jawab Arash.

 

“Macamana you tahu nama my daughter Aaliyah,” soal Harris.

 

“Did I,” ujar Arash seakan lupa tentang kejadian tadi.

 

“Yeah, even Aaliyah call you daddy,” soal Harris lagi. Dia ingin tahu apa pertalian di antara Aaliyah dan Arash.

 

“I don’t know, it come out so naturally, aku pun tak tahu macamana aku boleh panggil your daughter Aaliyah, aku minta maaf sekiranya kau tersinggung dengan tindakan aku tadi, it just my instinct,” ujar Arash. Sebagai seorang bapa sudah tentu Harris tidak menyenangi anaknya memanggil orang lain adalah bapanya.

 

Harris mendiamkan diri, dia sedang memikirkan sesuatu. Kalau Aaliyah memanggil Arash “daddy” besar kemungkinan Arash adalah ayah kandung Aaliyah dan Amanda adalah bekas isteri Arash. Tidak mungkin Aaliyah dapat mengingati wajah daddynya sedangkan Amanda sudah pun bercerai dengan bekas suaminya ketika Aaliyah berusia 3 tahun. Budak berusia tiga tahun di anggap terlalu muda untuk mengecam wajah daddynya. Lagiupun dalam surat beranak Aaliyah hanya di tulis nama Aaliyah Amanda Spring manakala nama dalam passportnya Nurul Aaliyah Binte Harris. Amanda sengaja mahu ber binte Harris di belakang nama Aaliyah.

 

“Sorry to ask you this silly question, but it’s really important to you,” ujar Harris setelah mendiamkan diri seketika.

 

“Teruskan sekiranya ia dapat membantu aku memulihkan ingatan ku,” ujar Arash tenang.

 

“Have you married before,”soal Harris ingin tahu. Cuba melihat reaksi Arash.

 

“Yeah Alyssa,” jawab Arash tanpa berfikir panjang tanpa memahami soalan yang ditujukan kepadanya.

 

“What I meant, you pernah bernikah dengan wanita lain sebelum Alyssa,”soal Harris lagi. Dia tahu Alyssa adalah isterinya namun soalan yang di tujukan bukan mengenai Alyssa.

 

“You must be out of your mind, kan aku dah beritahu Alyssa sahaja isteri aku, why are you asking me this silly question, of course not, I won’t betrayed my wife, I love her she my only wife dammit,” jawab Arash dengan nada suara marah. Dia tidak sangka Harris menyangka dia menduakan Alyssa. Walaupun dia hilang ingatan, dia tahu dia tidak pernah menduakan Alyssa dia sayangkan Alyssa walaupun Alyssa tidak pernah melayan dengan baik.

 

“Sorry Arash, I‘m trying to help you, I’m really sorry,” ujar Harris menyesal kerana terlalu ghairah hendak membantu Arash dia tidak menyangka ianya menguris hati Arash. Lebih-lebih lagi Arash mengaku bahawa dia amat menyayangi isterinya.



To be continue...