Tuesday 29 October 2013

Sup Tulang Merah (Bone Steak)

Yum..yum..memang suka pun makan sup tulang merah..kalau bulan ramadhan Mr. Sam rajin mencari sup tulang merah di bazaar ramadhan woodlands untuk dijadikan hidangan berbuka. Aku di tugaskan untuk membeli French loaf untuk di cecah. Best. Best. Apa yang best sangat tentang tulang merah ni. Bukannya ada isi sangat hanya tulang je. Haha. Betul tak banyak isi akan tetapi kalau pandai membuat sup tulang merah. Cecah supnya dengan roti peranchis tu dah sedap sehingga mengilat jari haha. Menurut Mr. Sam yang dia cari dalam tulang adalah tulang som som nya. Slurrp sedap gitu. Ok memandangkan ada tulang kat dalam ice box dan kalau di biarkan lama alamat tak di masak. So aku ringankan jari mendial kak ngah kita. Chef bakat terpendam. Hehe kak ngah kita ni memang champion bab masak memasak. Kalau apa yang aku tak tahu nak masak. Refer aje kat dia. Jadinya aku tanya kat dia pernah masak tulang merah. Dia kata alah senang sesangat. Uikk senang sesangat. Berapa senang tu. Maka aku pun cubalah membuatnya..hehe disebabkan kak ngah aku ni chef bakat terpendam maka resepi yang di bagi pun main agak-agak. Katanya pandai-pandailah merasa sendiri. Issk boleh gitu. Nasib baiklah aku ni dah biasa makan tulang merah. Jadi tahulah rasa tulang merah tu camne.
 
Bahan2
2kg Tulang kambing (direbus dahulu air rebusan pertama di buang, rebus lagi sekali air rebusan kedua jangan di buang untuk di jadikan stok)
Sebiji bawang besar di hiris

Bawang besar (di kisar)

Bawang kecil (di kisar)
Halia (di kisar)

Lada kering (di kisar)
Haha tengok tu dia tak bagi sukatan. Sebabnya dia kata agak-agak sendiri kalau tulangnya banyak. Banyaklah rencahnya kalau tulang sikit. Sikitlah rencahnya. Hmm mencabar minda ni. Maklumlah aku ni jarang sekali ke dapur. Tak pelah mulakan dengan “Bismillah” dan selawat 3 kali insha allah sedaplah masakan anda tu.
 
Tomato, kentang & carrot (hendaklah di rebus dan di kisar untuk pekatkan kuah sup tu)
Kobis (di hiris untuk di jadikan perhiasan)

Rempah bone steak (kata kak ngah rempah 876 sedap tapi kalau tak de tu belilah apa-apa jenama rempah bone steak)
Sos tomato

Sos cili
2 sudu besar Tomato puri (jangan letak banyak sangat karang masam lak)

Kicap manis
Gula

Garam secukup rasa

Cara-caranya
Air rebusan kedua tulang yang sudah di rebus 2-3 jam tu biarkan di jerang lagi di atas api. Bila dah mendidih tu. Masukkan hirisan bawang besar, bawang, bawang putih, halia, cili yang telah di kisar ke dalam periuk. Lepas tu masukkan kentang, tomato dan karot yang di kisar. Lepas tu masukkan rempah bone steak tu, tomato puri, sos tomato, sos cili dan kicap manis. Gaulkan dan biarkan dia mengelegak dan sebati dan rempah menyerap kat tulang tu. Agak-agak bila sup tu dah tak berapa cair. Cubalah rasa apa yang kurang gula ke sos ke jadi pandai-pandailah tambah kicap manis, sos tomato dan garam. Rasanya macam manis pedas gitu. Siap. Senangkan tak yah menumis semua main lebur aje hehe. Masa hendak di hidangkan tu taburkanlah kobis yang telah di hiris tu. Gambar sisipan tak ada kobis sebab masih kat dalam periuk. Hehe.
 
Happy masaking!
 
 

Monday 28 October 2013

"No Reservations"

Romantik movie pilihan aku kali ini best among the best kerana (2 in 1) gourmet food dan romance. Good combination. Haha. Di sebabkan these few days aku angan-angan menjadi chef. Maka aku teringatkan movie romantic yang menjadi favoriteku dan juga koleksiku. Iaitu “No Reservations”. Movie lakonan Catherine Zeta Jones (The Mask of Zorro) dan Aaron Eckhart (Batman) sungguh berkesan kerana menurut Catherine Zeta Jones dia tidak pernah ke dapur. Dia terpaksa menghadiri kelas belajar memasak cara chef demi untuk menghidupkan wataknya sebagai seorang chef di dalam filem tersebut.
 
Kate (Catherine Zeta-Jones) adalah seorang master chef di sebuah restaurant trendy 22 Bleecker Street in Manhattan. Dia mengendalikan restaurant mengikut system dan caranya tersendiri demi menghasilkan hidangan yang hebat. Kate seorang chef yang garang dan tidak menerima sebarang alasan sekiranya hasil masakannya tidak tip top. Caranya itu membuatkan para pekerja merasa tidak senang dan selesa bekerja dengannya kerana merasa tertekan jika mereka tidak dapat menghasilkan mutu masakan seperti beliau kehendaki. Boss Kate menghantar Kate ke terapi untuk menangani masalahnya. Kate seorang Chef yang sukar untuk meninggalkan dapurnya sekira pelanggan ingin memuji hidangannya akan tetapi dia bersedia untuk menemui pelanggan yang mengadu tentang hidangannya. Adik Kate terkorban di dalam kemalangan jalan raya dan anak saudara perempuannya yang berusia 9 tahun kini menjadi tugasnya untuk menjaganya. Kate terpaksa menyesuaikan diri dan mengimbangi pekerjaannya dan mengurus anak saudaranya. Boss Kate menyuruh Kate mengambil cuti sehingga dia bersedia untuk kembali bekerja semula. Boss Kate mendapat seorang chef baru bagi mengantikan tempat Kate buat seketika. Chef Nick (Aaron Eckhart) adalah seorang chef yang namanya sedang meningkat naik. Nick boleh menjadi ketua chef di mana-mana restaurant yang dia kehendaki akan tetapi dia mahu bekerja bersama Kate. Kate merasakan kedudukkannya sebagai master chef di restaurantnya tergugat dengan adanya Nick kerana cara Nick mengendalikan dapur tidak sama sepertinya. Nick punya cara tersendiri dan ini membuatkan para pekerja Kate suka bekerja dengan Nick. Nick gemar mendengar Opera semasa dia memasak dan Nick akan meniru cara Opera menyanyi sedikit sebanyak membuatkan pekerja terhibur dengan gelagatnya. Kate tidak berkenan dengan cara Nick akan tetapi mereka berdua serasi bekerja bersama di dapur. Nick cuba mengambil hati Kate dan anak saudaranya. Hubungan mereka menjadi akrab dan Kate mula sukakan Nick sehinggalah suatu hari Boss Kate menawarkan Nick untuk menjadi chef di restaurantnya.
Cerita “No Reservations” membuatkan kita teringin mencuba makanan yang kita tidak pernah rasai. Seperti yang terdapat di dalam filem tersebut. Cara Chef menyediakan sesuatu hidangan begitu artistic dan menyelerakan. Tak percaya cubalah tonton “No Reservation”. Aku percaya selepas ini pasti ada yang akan mencari resepi gourmet food untuk mencubanya.
 
 

Bread Pudding with Vanilla sauce

Last saturday aku pergi JB. Jadi ingatkan minggu ni tak ler main masak-masak sebab penat meronda JB seharian hari sabtu rasa macam lepak gitu. Maklumlah kita tak berkereta jadi turun naik bus tu sudah cukup drain energy kami bertiga. Hehe. Mr. Sam cakap this weekend dapur rest. Tu yang memula rasa macam best leh tengok drama kat internet lepak-lepak tengok tv. Tapi kan macam boring lak tak ada project nak buat satu hari suntuk ni. Semalam masa gi JB singgah kat MPH. Pergi cooking section. Haha macam2 buku resepi ada kat sana. Bestnya. Haha ikutkan hati macam nak beli semua. Wat kelakar kan. Yelah ada resepi cupcake yang beraneka. Resepi pasta beraneka dan resepi dessert. Hmm last-last aku pilih dessert cook book. Sebab ada bermacam-macam resepi dessert yang boleh buat leleh air liur bila melihatnya. Yang bestnya dia tunjukkan gambar cara-cara membuatnya. Bukan setakat tulis how to do. Memang sesuai buat orang macam aku ni. Jadi pagi ahad tu belek-beleklah buku resepi yang ku beli tu. Ada resepi crème brulee, chocolate soufflé, lemon meringue dan lain-lain. Wah best bangat. Dessert favorite aku tu..iskk issk..tetiba teringat dessert makan kat Carousel. Tak delah fancy sangat dessert yang aku teringat dan terasa-rasa sampai sekarang ni..dessert yang aku maksudkan ialah..Bread pudding with vanilla sauce..haha perasaan hendak makan Bread pudding with vanilla sauce tu tetiba membuak-buak. Lama tak makan tu..so apa lagi gi selak-selak buku dessert yang ku beli semalam. Ada tak resepi bread pudding. Hampa tak de. Chet. So aku pun cari kat internet..biasalah macam-macam version yang dapat bila mencari di internet tu. Tengok dari bahan-bahan ada yang best ada yang tak best. Maka seperti biasa aku improvise resepinya. Apa lagi misi membuat bread pudding pun bermula. Aku cakap dengan Mr. Sam. Nak pergi marsiling cari bahan buat bread pudding. Member terperanjat jap sebab dia kata aku tak penat ke? Penat tapi bila dah terbayang bread pudding tu penat tiba-tiba hilang. Semangat nak buat ada so apa lagi.
 
Bahan-bahan pudding
10 keping atau lebih roti putih di toast sedikit (ikut berapa banyak nak buat)
(dari tenet diaorang kata nak sedap guna French bread atau stale bread..haha mana nak dapat French bread..stale bread erk tak nak lah..ada juga yang mengatakan kalau tak ada kedua-duanya guna aje roti putih biasa lepas tu di toast sikit lepas tu siat-siatkan kalau nak cantik tu potong lah cube)
3 biji telur
1 ½ cawan gula pasir

2 sudu besar gula perang (light brown sugar)
½ sudu kecil serbuk kayu manis (ground cinnamon)

¼ cawan butter yang telah di cairkan
3 cawan susu kotak (full cream)

½ sudu kecil esen vanila
1 kotak kecil kismis perang

Cara-caranya
Panaskan oven terlebih dahulu.

Ambil mixing bowl, pukul 3 biji telur, gula, gula perang, serbuk kayu manis, butter, susu dan esen vanilla. Setelah sebati masukkan kismis dan roti yang telah di siat atau di cube. Tekan-kan roti agar serap dengan bahan yang telah di kacau tadi. Setelah itu masukkan di dalam loyang pembakar. Tuangkan air di tray letakkan loyang di atas tray dan masukkan di dalam oven. Agak-agak pudding dah setengah masak ambil aluminium foil tutupkan permukaan loyang supaya roti tidak terbakar atau terlalu kering. Biarkan dalam 15-20 minit. Bila permukaan pudding kelihatan lembab tanggalkan aluminum foil biarkan bakar selama 10 minit. Bila dah kering sejukkan.

Bahan-bahan sauce vanilla
½ cawan gula pasir

3 sudu besar gula perang (light brown sugar)
1 sudu besar tepung kastad

½ sudu kecil serbuk all spices
1 biji telur

3 sudu besar butter cair
1 kotak kecil whipping cream

3 cawan susu kotak (full cream)
1 sudu besar esen vanilla

Cara-caranya
Pukul 8 bahan pertama di dalam periuk kecil. Gunakan whisk aje senang. Hidupkan api sederhana. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan menjadi pekat seperti sauce. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau rata. Siap.
 
Alhamdullilah percubaan pertama membuat Bread pudding dan vanilla sauce ini menjadi dengan suksesnya. Sedap bangat gitu lor. Tak yah tunggu nak makan kat Carousel lagi. Wah tu yang semangat nak try recipe lain pulak..hehe..Selamat mencuba..
 
 

Wednesday 23 October 2013

Rosti cheese

Bangun tidur hari sabtu lepas tetiba je tekak ni mengidam nak makan rosti..cam best gitu kan sebab dah lama tak makan..so apa lagi cari resepi di internet seperti biasa terdapat pelbagai method dan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan rosti..so aku ambil yang simple nye..biasalah improvise sendiri.

Bahan
1kg kentang Russet/USA (dikupas kulit direbus setengah masak sahaja)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

Mix herb

Chives kalau takde daun ketumbar pun bole (dihiris)

Mozarella cheese (optional)

Cheddar Cheese (optional)

Garnish
Sour cream & Chives (optional)

Cara2nya
Kentang yang setengah masak yang telah disejukkan itu di parut. Pastikan kentang yang diparut itu kering dan tidak basah. Masukkan serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan hirisan daun ketumbar. Kalau nak kick lagi tambahkan mozarrela cheese dan cheddar cheese.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Taburkan kentang yang sudah sebati itu di atas kuali. Biarkan sehingga kentang kelihatan kekuning-kuningan dan garing jangan telalu garing pulak nanti macam makan keropok. Nak texture yang garing di permukaan tapi lembut di dalam. Dapat merasa keenakkan kentangnya. Siap.
Kalau hendak plain rosti boleh di makan bersama sour cream sahaja. Tapi kalau rasa terlalu plain. Rosti boleh di makan bersama sausage dan telur ikut suka hati nak makan dengan apa. Sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi. Cubalah sedap you.


Brownie Ice cream

Mari kita membuat brownie sendiri..haha kan dah kata tengah rajin so brownie ni aku jadikan dessert buat lasagna yang dibuat tadi..yay yay..bukan kanak-kanak sahaja suka..mak budak dan bapak budak pun suka..


Bahan2
250gm unsalted butter
200gm dark coklat good quality (70% cocoa solids) pecah2kan
50gm kacang hazelnut/walnut yang telah dicincang (optional)
65gm tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder
80gm serbuk koko
360gm gula castor
4 biji telur besar

Cara2
Panaskan oven 180c. Sediakan loyang pembakar. Sapukan sedikit butter di loyang tersebut. Dalam mangkuk gunakan kaedah double boil cairkan butter dan dark coklat. Gaulkan rata. Tambahkan kacang dan kacau sebati.

Didalam mangkuk berasingan masukkan serbuk koko, tepung, baking powder dan gula dan campurkan coklat yang telah dicairkan tadi dan kacau adunan sehingga sebati. Masukkan telur kacau lagi sehingga texture adunan menjadi lembut dan silky.
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar dan bakar brownie selama 25 minutes. Jangan bakar terlalu lama kerana hendak mengekalkan moist yang terdapat di dalam brownie.

Biarkan brownie sejuk dan potong bebentuk chunky squares. Kalau nak menyedapkan lagi brownie tambahkan ice cream dan coklat. Yummylicious.

Beef Lasagna

Minggu Italiano, sejak mood tengah rajin memasak ni banyak juga resepi dah ku cari di internet. Itu hari aku try buat Shepherd Pie..alhamdullilah menjadi..then aku mencuba pulak buat lasagna..alhamdullilah menjadi juga oleh kerana aku terlebih mood baik hari tu aku buatkan brownie untuk dessert ditambah dengan napoleon ice cream yang 3 perisa dan chocolate almond bar. Ah heavenlah jawabnya. Mr. Sam pun happy bila aku rajin buat-buat ni semua maklumlah orang pemakan.

Buat Lasagna ni ada leceh sedikit berbanding membuat Shepherd Pie. Kerana Lasagna kita dikehendaki membuat sos putih. Alhamdullilah menjadi juga sos putih yang dimaksudkan. Oh ye recipe ni aku ambil dari Cik Epal blog..so kalau hendak tengok bahan, rupa dan cara menyediakannya silalah ke blog cik epal sebab aku baru try pertama kali jadi concentrate habis kat resepi tak menyempat nak tangkap gambar. Ada gambar pun gambar yang Lasagna dah menjadi..
Bahan2 pasta & topping

Satu kotak Pasta lasagna segera (pasta berbentuk keping-kepingan) di celur dan letak minyak sedikit agar pasta tidak melekat di antara satu ngan lain
Keju Parmesan (bahagian topping)
Keju Mozarella (bahagian topping)

Bahan-Bahan Inti
1 labu bawang besar kuning (chef onion) (dicincang)
6-7 ulas bawang putih
1 tin sos prego (1 tin)
1 tin cendawan butang (dicincang)
500gm (daging cincang)
Serbuk blackpepper dan oregano
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Bahan2 Sos putih

3-4 sudu besar tepung gandum
Butter (setengah blok)
Setengah paket Keju Cheddar (yang sudah diparut)
600ml Susu segar
Garam secukup rasa

Cara memasak Inti
Tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau, pastu masukkan daging cincang, garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan oregano. Pastu masukkan cendawan butang dan 2 sudu besar sos cili. Gaul rata. Siap dan ketepikan.

Cara memasak sos putih

Hidupkan api kecil. Cairkan butter setelah cair masukkan susu 600ml tadi. Masukkan 3-4 sudu besar tepung gandum setengah keju cheddar, garam dan gaulkan. Kacau terus jangan sampai sosnya bergentel-gentel. Bila sos dah agak pekat. Matikan api.

Ok masa untuk main buat kek lapis haha. Sebelum membuat lasagna ni aku tak guna Loyang besar sebab tak suka nanti dicuit-cuit belen tak cantik kalau tak habis dimakan. Jadi aku beli aluminum foil yang bersaiz lasagna macam kat Pizza Hut tu. Jadi boleh dapat dalam 3 set.

Lapisan pertama letak inti daging kerana menurut cik epal kalau letak pasta dulu nanti dia melekat kat base. So inti daging - kepingan lasagna - inti daging – sos putih..faham so ulang proses yang sama sekali lagi..kalau nak lagi tebal tambah satu lagi itu pun kalau daging cukup ok..heheh then last sekali taburkan lah cheese parmesan dan mozzarella cheese.

Pastikan oven sudah dipanaskan dahulu sebelum membakar lasagnanya ok. Maka lasagna siap untuk di bakar sehinggalah cheese yang di taburkan itu menjadi cair. Siap untuk di hidangkan kepada keluarga. Yay.
Macam nilah rupanya lasagna aku yang sudah siap dibakar. Selamat menjamu selera.

Monday 7 October 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 35


Adam mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepitkan di celah bibirnya. Ethan menghidupkan lighter untuk Adam. Adam menghembus keluar kepulan asap rokok dari mulutnya. Adam menghampiri lelaki yang berdiri tidak jauh darinya dengan tujuan yang sama.

 

“Fahmy,” tegur Adam lalu menepuk bahu orang yang ditegur itu dengan hujung jarinya.

 

Lelaki yang di tegur Adam menoleh ke arahnya. Lelaki itu tersenyum sebaik sahaja terpandang akan wajah Adam. Kerana mengenali orang yang menegurnya.

 

“It’s a pleasure to meet you Mr Salvatore,” ujarnya seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Adam. Siapa yang tidak kenal akan Adam Matin Salvatore. Hartawan muda yang amat di kenali. Malah Fahmy pernah menjadi guest di salah satu majlis yang di adakan oleh Adam.

 

“Right, sad to say I don’t like you,” jawab Adam ringkas tanpa menyambut huluran tangan Fahmy. Adam mengaru hidungnya yang tidak gatal.

 

“Excuse me,”

 

Adam memberi isyarat kepada Ethan. Ethan menghampiri Fahmy lalu melepaskan satu penumbuk di mukanya. Fahmy jatuh terduduk. Dia kelihatan terperanjat kerana tidak menyangka akan dipukul bodyguard Adam. Darah merah pekat mengalir keluar dari hidungnya.

 

“What the hell, what did I do,” jawabnya lalu menekup hidungnya dengan sapu tangannya. Dia tidak berani melawan kerana bodyguard Adam besar tinggi. Kalau dia melawan entah apa jadi dengan dirinya.

 

Adam mengeluh kecil sambil mengelengkan kepalanya perlahan. Dia mencampak puntung rokoknya ke tanah lalu mematikannya. Dia menghampiri Fahmy.

 

“Stop messing with my woman,”

 

 

Aku membasahkan muka dengan air.  Rambut yang ku dandan rapi tadi kelihatan berserak dan make-up ku tidak terurus. Wajahku kelihatan pucat. Mataku kelihatan merah dan kepala ku terasa berat. Apa yang aku makan siang tadi semuanya terkeluar semasa aku muntah tadi. Aku tak tahan lagi. Aku mencapai tuala yang di sediakan khas untuk mengelap mukaku. Aku mencapai tas tangan dan berjalan lemah menuju ke pintu namun ku menahan diri untuk tidak rebah di sini. Aku memulas tombol pintu. Ku cuba gagahkan diri berjalan menuju kearah Adam yang sedang sibuk berbual dengan Raoul. Adam menoleh ke arahku. Aku cuba membuahkan senyum.

 

“Heh babe, are you ok, you look so pale,” soalnya bimbang bila Era kelihatan tidak bermaya.

 

“I’m not well, let’s go back to the hotel,” ujarku perlahan cuba menahan sakit.

 

“Why didn’t you tell me earlier, we should have stay in the hotel,” ujar Adam jelas terpancar kerisauan di wajahnya. Adam mendukungku kerana dia tahu aku tidak larat lagi untuk berjalan.

 

“Ethan, get the car, Raoul see you in Kuala Lumpur,” ujar Adam seraya berjalan laju menuju kea rah pintu gerbang.

 
To be continue..

"How Can I Not Luv U" - Part 34


Sedar tak sedar kereta limo kami berhenti di hadapan sebuah bangunan. Pintu di sebelahku di buka seseorang. Aku keluar dari perut kereta. Adam berdiri disebelahku sambil mengepit tanganku. Aku tidak punya idea langsung kemana Adam bawa aku pergi kali ini kerana para pengunjung lelaki mengenakan black suit dan wanita pula mengenakan evening dress. Kami berjalan di atas carpet merah menuju ke dalam. Ok pasti kami menghadiri movie awards or something. Mataku tertangkap kearah jelitawan yang berjalan mendahului kami di carpet merah. Priyanka Chopra ditemani Vivik Oberoi sebagai pasangannya malam ini. Ok. If my eyes not playing trick. Pasangan di belakang kami pula Arjun Rampal dengan Preity Zinta. Aku memaut lengan Adam supaya aku dapat berbisik di telinganya.

 

“Kita attend apa function,” soalku sambil tersenyum.

 

“Iifa awards, hope you love Bollywood movies,” jawabnya sambil mengenyitkan mata.

 

“Ok, that’s mean he’s will be here too,” jawabku dengan wajah kurang senang. Great lagi sakitlah kepala aku bila mengenangkan bahawa Fahmy turut berada di majlis ini kerana dia pengacara majlis ini.

 

“Siapa,” soal Adam ingin tahu bila Era kelihatan risau.

 

“Fahmy,” jawabku dengan wajah bosan kerana dia mengingatkan aku akan tuduhannya ke atas diriku.

 

“Don’t worry, you won’t bump into him, just relax and enjoy yourself,” jawab Adam cuba menyedapkan hati aku.

 

Ok be cool. Enjoy yourself. Bisikku dalam hati. Aku mula tersenyum bila berdiri berdekatan dengan aku adalah Shahrukh Khan bersama isterinya Gauri. Kalau aku tidak bersama Adam barangkali aku sudah mendapatkan autograph Arjun Rampal dan Shahrukh Khan. Pelik bila berpeluang berbuat demikian aku tidak merasa teruja. Kami berjalan kearah tempat duduk tetamu VIP di barisan ke 5 di belakang artist-artist bollywood. Sempat mataku menjeling kearah kerusi di hadapanku siapa agaknya pelakon yang bakal duduk di hadapanku kerana setiap kerusi sudah di reserved untuk mereka. Alright Lara Duta.

 

“Hi bro, didn’t know you attending,” tegur seorang lelaki dark handsome and good looking kepada Adam. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya. Siapa pula lelaki ini. Rakan businessnya atau temannya.

 

“Heh Raoul what a surprised to see you here too, actually I’m not keen but last minute business trip so might as well  attend,” jawab Adam lalu memeluk Raoul.     

 

Ok did Adam said his name is Raoul. Kalau betul apa yang aku dengar. Seingat aku Raoul temannya betting Adam.

 

“Hi I’m Raoul, this is Tina,” ujar Raoul memperkenalkan dirinya seraya mencapai tanganku lalu diciumnya. Aku menelan air liur bila Raoul memandangku begitu. No doubt he’s good looking macam Adam. But he’s more dangerous dari Adam dari segi memenangi hati wanita. Means nobody can say no to him.

 

“Hi, I’m Era” jawabku ringkas kerana tidak tahu hendak berbual apa-apa. Aku tidak biasa dengan cara orang-orang kaya bersosial. Sedangkan waktu mula-mula dengan Adam aku kekok inikan pula orang kaya kacak seperti Raoul. Raoul memandang wajahku seraya tersenyum. Aku tidak tahu apa yang dia fikirkan.

 

Adam berdehem kecil bila Raoul memandang kea rah Era agak lama.

 

“Sorry my bad for being rude, I can’t resist to look at your beautiful face, lucky Adam,” ujar Raoul lalu menepuk bahu sasa Adam. Adam menganggukkan kepalanya perlahan. Kedua belah tangannya di selukkan kedalam saku seluarnya. Adam memandang kearahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Dia kelihatan kurang senang akan pertemuan ini.

 

“Do you really want to sit and watch the boring awards,” ujar Raoul memandang kearah Era. Adam yang berdiri di sebelah Raoul memandang ke arahku juga dia cuba memberitahu aku sesuatu tapi aku tidak dapat menangkap akan makna lirikan matanya itu.

 

“Nak kena tanya pada Mr Salvatore dulu, dia yang bawa I kemari,” ujarku tersenyum paksa cuba menahan rasa mual.

 

Adam membesarkan matanya bila aku berkata demikian. Mungkin tidak menduga Era akan berkata demikian.

 

“Yeah, kita duduk sekejap then we can go for a drink or supper?,”

 

Tekaku mula terasa loya tiba-tiba.

 

“Please excuse me, I need to go to ladies,” ujarku seraya meninggalkan mereka bertiga menuju kea rah washroom.

 

“You look different,” ujar Raoul sebaik sahaja Era hilang dari pandangan mereka.

 

“Meaning,” jawab Adam ringkas. Tidak mengerti akan maksud temannya itu.

 

“You look happier,” ujar Raoul.

 

“And that’s bad, why?,” soal Adam kurang senang bila Raoul memberi komen sedemikian.

 

“Heh relax bro, I mean good for you, you never been happier no doubt you are rich and famous and been surrounded by many girls but you were never this happy before,”

 

“What are you trying to imply Raoul, the bet is still on,” jawab Adam matanya tertangkap kearah kelibat seseorang yang amat di kenali. Lelaki itu menuju kearah pintu belakang.

 

“Good to know, just to remind you that, all the girls are the same samada ordinary or not ordinary they only after your money,”

 

Adam terdiam bila Raoul berkata demikian. Era bukan wanita seperti itu. Era macam itu ke? Soal Adam dalam hati. Dia mula merasa kurang yakin akan kejujuran Era bila Raoul mengingatkannya tentang perkara itu. Benarkah Era wanita seperti itu?

 

“Not all girls, please excuse me,” jawab Adam membidas kata-kata Raoul. Adam melirik kearah Ethan yang berdiri tidak jauh darinya. Ethan mengekori Adam menuju kearah pintu belakang lalu menolak pintu itu perlahan. Adam menjungkitkan keningnya bila menyedari hanya mereka bertiga sahaja yang berada di luar. Ini lebih memudahkan tugasnya.


To be continue..

"How Can I Not Luv U" - Part 33

           Aku duduk di sofa lalu membelek evening gown rekaan Chanel dengan wajah bosan. Sungguhpun baju itu diperbuat dari kain chiffon sutera berwarna hitam putih (trademark Chanel) aku tidak merasa begitu teruja seolah-olah aku sudah biasa memakai baju jenama mahal begitu. Sepulangnya dari makan seafood aku rasa macam tak sedap badan tapi demi tidak mahu menghampakan Adam kerana jejaka itu banyak menunjukkan perubahan yang positive sejak kebelakangan ini terutama sekali selepas dia berterus terang dengan aku dia tidak lagi berperangai jerk seperti waktu mula-mula kami bersama. Adam banyak berlapik bila tiap kali bergurau atau hendak mengenakan aku. Tidak laser macam dulu. Syukurlah, mudah-mudahan dia akan terus berubah sikap dan tidak lagi mempermainkan hati wanita. Aku memicit micit dahiku perlahan. Kepalaku berdenyut-denyut sedari tadi walaupun sudah 2 biji panadol sudah ku telan sebelum bersiap-siap untuk keluar makan malam bersama Adam. Adam tidak memberitahuku apa plannya untuk malam ini. Aku terperanjat besar bila mendapati sebuah kotak besar berwarna putih tertera jenama Coco Chanel berada di depan pintu bilikku. Aku mengangkat kotak tersebut lalu membawanya ke dalam bilik. Aku menutup pintu perlahan agar Adam tidak tahu bahawa aku sudah mengambil kotak yang di biarkan di depan pintu aku. Aku membuka kotak tersebut, mataku bulat bila mendapati dalam kotak tersebut terdapat sehelai evening gown panjang berwarna hitam putih dari kain chiffon silk. Wow cantik. Aku menarik gown tersebut dari kotak Chanel yang di bungkus cantik dari kertas tisu lalu menayangkannya di depan cermin panjang. Gorgeous dress. Rasa macam cinderella. Aku mengerutkan dahi bila menyedari aku tidak punya kasut dan accessories sesuai untuk di padankan dengan dress Chanel. Yelah Adam tak beritahu aku yang aku di kehendaki menemaninya ke majlis-majlis rasmi. Aku meletak gown tersebut di atas katil lalu membuka pintu bilikku bila dua buah kotak satu kecil dan satu sederhana besar tersusun cantik di depan pintuku. Hmm magic. Bila ketikanya Adam meletak 2 kotak itu di depan pintu bilikku. Aku tak dengar pun. Aku mengambil dua kotak tersebut lalu menutup pintu bilik. Aku membuka kotak kecil dahulu. Seperti yang aku jangkakan didalam kotak tersebut terdapat seutas rantai cocker berlian di padankan dengan subang diamond mata satu dari designer yang sama. Aku tersenyum sendiri. Adam pandai memilih. Belum pernah sekalipun aku tidak berkenan akan pilihannya. Tak kira apalah, kasut, baju atau beg tangan. He has good taste.

 

Aku bangkit dari sofa melangkah malas menuju ke arah pintu hotel bila pintu di ketuk berkali-kali. Tanpa mengendap dari peep hole terlebih dahulu aku memulas tombol pintu.

 

 “Bonsior Madame,”

 

“Bonsior,” jawabku sambil tersenyum bila tercegat seorang lelaki france segak berpakaian black suit. Aku tidak rasa dia tersalah atau tersilap bilik kerana dia tidak kelihatan terperanjat bila terpandang akan wajahku bila menyambutnya di muka pintu.

 

“M. Salvatore me demande de vous aller chercher, sont vous la madame prête ? (Mr. Salvatore ask me to fetch you, are you ready madame?)

 

“Sorry I can’t speak french, could you speak in english,” soalku sambil tersenyum memandang ke arah matanya yang berwarna biru.

 

“I’m your chauffeur, Mr. Salvatore is waiting for you at Shapko Bar,”

 

“Ok Mr. Chauffeur,” jawabku ringkas lalu berjalan perlahan menuju ke arah sofa lalu mencapai trench coat dan tas tangan.

 

“Please, let me,” ujar lelaki itu membantu aku mengenakan trench coat.

 

“Well thank you-,”

 

“Ethan,” jawabnya sambil tersenyum.

 

“Thank you Ethan,” ujarku lalu menuju ke arah lift.

 

Ok apa lagi kejutan Adam kali ini. Dia sedikitpun tidak memberitahu aku akan agenda malam ini. Mana mungkin dia mahu makan malam di bar dengan berpakaian begini. Aku tidak kelihatan kelibat Adam langsung sejak aku pulang dari Riveira siang tadi. Mungkin kerana kepenatan aku tidak sedar Adam keluar dari hotel. Ethan berjalan mendahului aku membuka pintu limousine yang tersedia menanti di depan pintu gerbang. Well ok, limo aku tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Ethan. Aku rasa seperti cinderella modern dimana Nadia selaku fairy godmother ku dan Adam sebagai prince charmingku. Cuma aku tidak punya ibu tiri dan kakak tiri. Hilang peningku yang tadinya benar-benar sakit. Ethan membuka radio. Lagu nyanyian Celine Dion berkumandang dalam bahasa peranchis. Aku mengenali suara Celine Dion dan aku pernah terdengar lagu itu dimainkan di corong radio sebelum ini. Pour que tu m’aimes encore. Sedap lagu itu tapi aku tidak tahu akan maksudnya.

 

“Ethan, could you tell me what is the song about,”

 

“So that you still love me, the title of the song, you like the song madame moselle,” soalnya sambil memandang cermin pandang belakang.

 

“Very,” jawabku membalas senyumannya.

 

Aku mengalihkan pandangan ke arah luar tingkap cuba menikmati keindahan permandangan yang terdapat di Nice. Namun ia tidak bisa mendamaikan hati aku. Aku tiba-tiba sedih kerana ini semua hanya untuk sementara waktu.

 

Tiba-tiba Ethan memberhentikan kereta di depan sebuah Bar. Ethan keluar dari kereta lalu membuka pintu untukku.

 

“Thanks Ethan,” ujarku lalu menyambut tangannya yang dihulurkan tadi.

 

“You’re welcome, Mr. Salvatore is waiting for you inside,”

 

Ethan berjalan mendahului ku menuju ke pintu gerbang bar tersebut. Oh ok. Aku rasa seperti overdress kerana aku perhatikan pengunjung bar tersebut memakai baju santai. Tak adalah macam aku evening dress semua. Aku tiba-tiba terasa janggal. Ethan berjalan menuju ke arah sebuah meja yang sudah di reserved khas untuk kami agak berdekatan dengan pentas band. Dia menarik kerusi untuk aku. Sekali lagi aku mengucapkan terima kasih kepada Ethan. Aku mula resah setelah hampir 5 minit aku berada di sini jangan kata Adam kelibatnya pun aku tidak kelihatan. Lampu bar tiba-tiba di padamkan dan meja kami hanya di terangi lampu lilin kecil yang disediakan di setiap meja. Lampu spotlight di alihkan ke arah pentas. Aku sibuk menoleh ke arah kiri dan kanan mencari kelibat Adam. Mana pulak si Vampire ni. Aku dahlah tak sedap badan dia pulak main hilang-hilang. Ini boleh mendatangkan marah. Aku mendengus kecil kerana Adam masih lagi tidak berada di meja kami. Aku memandang ke arah pentas sekilas di mana seorang lelaki bersuit hitam serta bertopi ala-ala Frank Sinatra atau pakaian yang dikenali rat pack sedang duduk di atas bangku. Aku membuka bag mencari iphoneku. Tengah aku sibuk mencari nombor telefon tiba-tiba musik bergema di ruang udara. Riuh rendah bar tersebut bila pengunjung bersorak dan bertepuk tangan serentak. Aku segera mematikan telefon kerana tidak ada gunanya mengunakan telefon kalau terpaksa menjerit bila berbual. Ah lantaklah dia ada ke tidak. Malas aku nak cari. Aku segera menumpukan perhatian kearah pentas dimana penyanyi lelaki yang berada di stage berkenaan yang suaranya lunak seakan-akan Michael Buble. Lagu dari nyanyian Michael Buble bertajuk “Everything” didendangkan oleh lelaki tersebut. Nice. Aku memang meminati penyanyi handsome tu. Ok walaupun aku duduk tak berapa jauh dari pentas tapi aku tidak dapat melihat wajah penyanyi itu jelas kerana aku ni rabun. Hehe. Apa yang aku tahu aku cukup terhibur dengan nyanyiannya kerana aku meminati lagu nyanyian Michael Buble. Sungguhpun aku ni perempuan kampung aku minat pada musik jazz. Tak padan kan. Hehehe.
 
You’re a falling star
You’re getaway car
You’re the line in a sand
When I go too far
You’re the swimming pool
On an August day
And you’re the perfect thing to say
And you play it coy
But it’s kinda cute
Oh when you smile at me
Baby don’t pretend
That you don’t know it’s true
 
Cause you can see it
When I look at you
 
And in this crazy life
And through these crazy times
It’s you, It’s you
You make me sing
You’re every line
You’re every word
You’re everything

 Penyanyi lelaki itu turun dari kerusi lalu menuju kea rah meja yang berdekatan dengan pentas. Pengunjung wanita itu segera bangun dari kerusinya seraya memeluk pinggang lelaki itu lalu menyanyi bersama. Aku tersenyum sendiri gelihati melihat pengunjung wanita itu. Ghairah semacam mengalahkan Michael Buble yang perform. Kalau Michael Buble yang perform macamana agaknya perasaan wanita itu sekarang pasti excited gila macam orang terkena hysteria agaknya. Pengunjung lain turut menyanyi bersama termasuklah aku. Heheh. Penyanyi lelaki yang aku rasa good looking kerana dari segi physical he’s perfect, tinggi, kacak dan suaranya boleh tahan. Ok penyanyi itu berhenti di depan mejaku. Berdebar-debar jantungku bila dia tiba-tiba duduk di kerusi sebelahku kerusi ku reserved untuk Adam. Aku memandang kea rah nya dalam cahaya samar-samar cuba mengamati wajah performer itu tapi masih lagi tidak dapat melihat dengan jelas kerana topi yang dipakainya melindungi wajahnya.

You're a carousel
You're a wishing well
And you light me up
When you ring my bell

Berdiri bulu romaku bila dia memandang ke arahku lalu mencapai tanganku seolah-olah lagu yang di dendangkan itu di tujukan khas untuk aku. Aku menjadi serba salah bila pengunjung wanita bersorak sambil bertepuk tangan bila penyanyi itu mencium tanganku. Ok something is not right. Mana mungkin penyanyi itu boleh terpikat kat aku sedangkan beratus pengunjung wanita yang cantik lagi seksi berada di sini tiada satu pun yang dia cuba pikat selain dari pengunjung wanita yang excited  tadilah.
You're a mystery
You're from outer space
You're every minute of my every day
 
And I can't believe
That I'm your man
And I get to kiss you baby
Just because I can

Hampir sahaja aku hendak terbalik dari kerusi bila penyanyi lelaki itu membuka topinya lalu memandang kepadaku sambil tersenyum. Aku memejam celikkan mataku kerana tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Adam memberikan aku senyuman flirtingnya. Aku hanya mampu ketawa kecil sambil mengelengkan kepalaku perlahan bila Adam sambung menyanyi sambil memegang tanganku. Merah padam mukaku menahan malu apa taknya over mengalahkan Michael Buble. He’s crazy. Semua mata tertumpu kea rah kami.
 
And in this crazy life
And through these crazy times
It's you, it's you
You make me sing
You're every line
You're every word
You're everything
 
So La, La, La, La, La, La, La

“Thank you, thank you,” ujar Adam sebaik sahaja habis bernyanyi. Sekali lagi ruang bar tersebut bergema dengan standing ovation dari para pengunjung bar. Aku membesarkan mata kerana tidak menyangka sama sekali Adam pandai menyanyi dan memiliki suara selunak Michael Buble. Aku turut berdiri menyertai pengunjung bar dengan memberi Adam tepukan gemuruh. Adam menoleh ke arahku sambil tersenyum. Keadaan mula reda bila mic di ambil alih oleh peserta bakat lain. Kali ini tiada nyanyian bakat yang di tunjukkan stand up comedian. Aku masih lagi tersenyum melihat gelagatnya lucunya. Memberi flying kiss kepada peminat-peminat wanitanya yang sedari tadi melambai ke arahnya.

 

“Thank you, by the way you look gorgeous tonight,” ujar Adam lalu mengenakan topinya semula bila keadaan mula reda.

 

“I tak tahu yang you pandai menyanyi,” soalku tersenyum lagi kerana tidak mengetahui jejaka kacak itu berbakat dalam bidang nyanyian. It’s too good to be true. Dan Adam kelihatan more charming bila mengenakan rat pack.

 

“My granddad pandai menyanyi, so bukan saja I inherited wealth dia I inherited bakatnya juga just need to polish my voice a bit, so I ambil vocal class,” ujarnya tersenyum kearah sekumpulan wanita muda yang mahu mengambil gambarnya. Adam mengenyitkan matanya kepada wanita itu membuatkan mereka menjerit kesukaan. Ok, belum jadi penyanyi sudah ada peminat. Kalau benar-benar penyanyi macamana agaknya.

 

Aku menjeling kea rah Adam kerana tidak percaya dia sanggup mengambil vocal class untuk belajar menyanyi. Kalau berduit semua boleh di perolehi.

 

“Come on let’s go,” ujarnya lalu bangun dari tempat duduk.

 

“Nak kemana,” soalku terpinga-pinga hairan. Yelah Adam nak kemana pulak. Bukankah dia baru duduk.

 

“Opps sorry, Ethan take our picture,” ujar Adam kepada Ethan yang berdiri di belakang ku sedari tadi.

 

Adam merapatkan kerusinya dengan kerusi aku. Dia memeluk bahuku untuk bergambar bersama. Aku menoleh ke arahnya bila Ethan tidak sengaja terpetik gambar kami.

 

“Oww, sweatheart you ruin our pic, take one more time,” ujarnya sambil tersenyum nakal.

 

Aku menoleh kearah Ethan sambil tersenyum gelihati. He’s in crazy mode. Datang perangai jokernya malam ni. Adam pose seperti Frank Sinatra. Sebelah keningnya di naikkan dan tangan kanannya memegang cigar. Aku tidak dapat menahan tawa bila dia berbuat demikian. Aku juga tidak mahu ketinggalan memandangkan Adam in a good mood malam ni aku pun sekaki dengannya. Kami pose candid dan pose seperti Audrey Hepburn dalam Breakfast at Tiffany’s.

 

“And in this crazy life, And through these crazy times, It's you, it's you, You make me sing, You're every line, You're every word, You're everything,” nyanyi Adam sepanjang perjalanan kami menuju ke tempat surprised Adam. Happy benar dia malam ni. Aku hanya mampu tersenyum melihatnya. Sakit aku mula datang balik. Agaknya aku hendak sentiasa happy baru penyakit itu hilang. Tekak pula terasa mual dan kepalaku sakit bagaikan hendak meletup. Semua itu aku cuba sembunyikan dari pengetahuan Adam kerana aku tidak mahu membuatkannya risau dan merosakkan moodnya.

 

“Why dear, why you so quiet tonight,” soal Adam perasan Era tidak ceria seperti selalu.

 

“Tak adalah I miss home,” bohongku kerana tidak mahu Adam menyoalku pelbagai soalan.

 

“Really you miss home, I don’t know much about you Era, so tell me,” soalnya spontan sahaja dia memegang tanganku.

 

“There’s nothing to tell, nothing intresting except for the fact that I’m just an ordinary girl with big dreams,” jawabku sengaja tidak mahu memberitahunya.

 

“That I know, how about your family, siblings, what’s you like what’s dislike,” soal Adam memandang ke arahku.

 

“Let’s keep it simple as it is, hope you don’t mind,” ujarku bukan hendak menyakitkan hati Adam tapi aku tak mahu hubungan kami menjadi begitu complicated. There’s no relationship in the first place. I’m trying to avoid it very badly. Tapi semakin hari semakin sukar untuk aku berbuat demikian bila perangai dan kelakuan Adam sejak akhir-akhir ini begitu menyenangkan.

 
                                  “Ok,” jawab Adam cuba berlagak selamba walaupun dia agak terasa bila Era berkata demikian. Dia mahu mengenali Era namun wanita itu tidak membenarkannya berbuat demikian.
 
 
to be continue..